Saturday, November 2, 2019

VIRGIN PULSE MEMPERCEPAT INOVASI GLOBAL; MENYAMPAIKAN PENGALAMAN KESEJAHTERAAN IMERSIF DAN MUDAH SUAI KEPADA AHLI DI SELURUH DUNIA


Syarikat Mengukuhkan Tawaran Kesejahteraan Global dengan Bimbingan, HRA dan Ganjaran Dipertingkat, EAP Bersepadu, Mata Wang yang Diperkembang dan Pilihan Pemenuhan; Mengumumkan Virgin Pulse GO, sebuah Acara Turnkey Global

PROVIDENCE, R.I., 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Virgin Pulse, pembekal global utama bagi perisian kesihatan dan kesejahteraan, perkhidmatan dan penyelesaian, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperkembang dan meningkatkan kebolehan global secara ketara untuk menyokong ahli di lebih 190 negara.

Kecanggihan terkini yang menggariskan kepimpinan global Virgin Pulse termasuklah perkongsian strategik syarikat itu dengan Workplace Options, pembekal perkhidmatan sokongan pekerja dan pekerjaan-kehidupan bersepadu yang terbesar di dunia. Menerusi perkongsian ini, ahli Virgin Pulse boleh melibatkan diri dalam bimbingan peningkatan kesejahteraan dan gaya hidup, termasuklah pengurusan berat badan, pemakanan, penghentian merokok, aktiviti fizikal, dan pengurusan stres, dalam bahasa tempatan di setiap negara yang Virgin Pulse memberikan perkhidmatan. Klien juga akan memperoleh akses kepada Program Bantuan Pekerja (EAP) berbilang bahasa dan bersepadu, membolehkan mereka menyetempatkan lagi pengalaman kesejahteraan untuk pekerja global mereka. Perkongsian Virgin Pulse dan Workplace Options, iaitu yang pertama dalam pasaran kesejahteraan pekerja, memastikan bahawa ahli di seluruh dunia mempunyai akses 24/7 kepada alat digital dan sokongan manusia yang mereka perlukan untuk memupuk amalan dan gaya hidup sihat.

“Virgin Pulse memacu globalisasi ini untuk membantu organisasi di seluruh dunia menumpukan perhatian kepada populasi mereka dari segi kesihatan dan kesejahteraan, setiap hari,” kata David Osborne, CEO Virgin Pulse. “Kami mempunyai ahli di hampir setiap negara di dunia. Keupayaan kami untuk menarik perhatian mereka dalam bahasa dan dalam cara yang relevan dari segi budaya mereka, ialah kunci dalam membantu mereka mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat dan mencegah keadaan kronik. Di Virgin Pulse, kami sememangnya mahu mereka bentuk platform dan pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang dibina khas untuk menjadikan orang ramai terlibat. Malah, kami berbangga untuk melaporkan bahawa hari ini, hampir tujuh puluh peratus ahli kami sudah menggunakan platform Virgin Pulse sekurang-kurangnya 21 hari setiap bulan. Tahap penglibatan itu membawa perubahan besar kepada ahli kami dan mengubah keadaan industri.”
  • Pengalaman Khusus untuk Setiap Negara yang Dipertingkat
    Di samping perkongsian global dengan Workplace Options, Virgin Pulse telah melancarkan beberapa inovasi global termasuklah Penilaian Risiko Kesihatan (HRA) Global dengan kandungan yang disahkan oleh NCQA, dan Virgin Pulse JourneysTM, sebuah rangka kerja perubahan tingkah laku yang relevan di peringkat global yang menggalakkan ahli mengamalkan tabiat sihat secara perlahan-lahan. Syarikat itu telah meningkatkan struktur ganjaran globalnya, menambahkan sokongan untuk mata wang tambahan dan kebolehan untuk klien melancarkan kedai yang khusus untuk setiap negara dengan barangan yang relevan dengan sesuatu tempat. Pilihan pemenuhan yang diperkembang juga boleh didapati menerusi perkongsian Virgin Pulse dengan kad hadiah OC Tanner dan Tango. Peningkatan ini, bersama-sama sokongan sesuatu kawasan dan ketersediaan platform dalam 20 bahasa, memudahkan klien Virgin Pulse untuk menyesuaikan pengalaman kesejahteraan kepada kawasan, populasi dan budaya yang khusus.
     
  • Kandungan, Pengembangan Bahasa dan Rakan Kongsi Global
    Sebagai sebahagian daripada pengembangan kandungan terbarunya, Virgin Pulse memperkenalkan topik baharu di peringkat global, termasuklah kepelbagaian dan kemapanan, untuk klien yang mahu meningkatkan kecelikan tentang kesejahteraan tempat kerja yang lebih luas. Kandungan ini tersedia kepada semua klien, terus dari kotak, dalam 20 bahasa. Untuk menyesuaikan lagi pengalaman kesejahteraan bagi populasi khusus, klien mempunyai keupayaan untuk mengarang kandungan yang khusus untuk setiap rantau dan negara, kad harian dan tabiat. Ahli juga boleh menyepadukan kandungan daripada rakan kongsi tempatan mereka dan juga rakan kongsi Virgin Pulse. Sementara Virgin Pulse terus mengembangkan ekosistem rakan kongsi globalnya, klien boleh menyepadukan program dan penyelesaian daripada pelbagai pembekal kesejahteraan termasuklah Kaia Health, Lifespeak, Allen Carr, GymPass dan banyak lagi.

    Dalam memperkukuh komitmen berterusan untuk inovasi global, Virgin Pulse akan terus melabur dengan banyak dalam sokongan bahasa. Dengan penambahan bahasa Thai dan Belanda, platform Virgin Pulse kini boleh didapati dalam 20 bahasa, dengan bahasa Arab dirancang untuk ditambahkan pada tahun 2020.
     
  • Virgin Pulse GO
    Bagi organisasi global, terutamanya yang mahukan penyelesaian yang berhasil dengan pantas, Virgin Pulse baru sahaja mengumumkan Virgin Pulse GO. Penyelesaian siap guna baharu ini direka bentuk untuk membantu organisasi di seluruh dunia memupuk budaya kesihatan di tempat kerja dengan menawarkan pekerja pengalaman kesejahteraan diperibadikan yang holistik yang menyokong kesejahteraan fizikal, mental, kewangan dan sosial.

    Juga tersedia dalam 20 bahasa, Virgin Pulse GO ialah acara dua kali setahun yang turut merangkumi penilaian kesihatan sebelum dan selepas acara, cabaran 9 minggu intrasyarikat, serta keupayaan untuk memulakan cabaran individu, rakan ke rakan, dan cabaran tabiat sihat. Bimbingan digital merentasi 30 topik, termasuk penghentian merokok dan kesejahteraan kewangan, juga boleh didapati menerusi Virgin Pulse JourneysTM.  Titik kemasukan yang ideal bagi syarikat yang mahu memulakan kesejahteraan di dalam organisasi mereka, Virgin Pulse GO menyediakan laluan yang lancar kepada tawaran penglibatan kesihatan, kesejahteraan dan berterusan yang lebih luas oleh Virgin Pulse.

    Virgin Pulse GO akan dilancarkan pada Mei 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari Virgin Pulse GO
     
  • Keselamatan dan Privasi Data Global
    Virgin Pulse menetapkan piawaian secara berterusan dan mengetuai pasaran kesejahteraan dalam memastikan privasi dan keselamatan data ahli di seluruh dunia. Walaupun banyak syarikat menyatakan bahawa mereka bersedia untuk GDPR, Virgin Pulse komited untuk mengekalkan pematuhan penuh kepada semua aspek Peraturan Perlindungan Data Am EU (GDPR) dan baru-baru ini telah menjadi satu-satunya pembekal kesejahteraan untuk memperoleh pensijilan sistem Peraturan Merentasi Sempadan APEC (CBPR) dan Pengiktirafan Privasi APEC untuk Pemproses (PRP).
Tentang Virgin Pulse

Virgin Pulse ialah syarikat kesihatan digital, kesejahteraan dan keterlibatan yang paling bersar dan paling komprehensif. Diasaskan sebagai sebahagian daripada Virgin Group milik Sir Richard Branson, syarikat ini menumpukan dalam keterlibatan pengguna setiap hari dalam memupuk dan mengekalkan gaya hidup sihat dan mendorong hasil yang boleh diukur bagi pekerja, majikan dan rancangan kesihatan. Virgin Pulse menyatukan teknologi tinggi dengan sentuhan tinggi untuk menyampaikan satu-satunya platform digital bersepadu dalam industri dengan manfaat navigasi, analisis tuntutan dan bimbingan secara langsung untuk menyokong klien dan ahli merentasi keseluruhan aspek kesihatan, kesejahteraan dan manfaat kitaran hidup — dari penyaringan dan penilaian untuk pengaktifan, perubahan tingkah laku dan penggunaan tabiat sihat yang mapan sehinggalah sokongan pengurusan dan merapatkan jurang dalam penjagaan. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati Virgin Pulse dan ikuti kami di Twitter atau LinkedIn.

Orang Hubungan Media:
Press@virginpulse.com 

SUMBER : Virgin Pulse, Inc.

--BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment