Friday, May 22, 2020

Amazon Mengumumkan Lima Projek Solar Berskala Utiliti Baharu Untuk Menjanakan Operasi Global Di China, Australia Dan Amerika Syarikat

SEATTLE, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) — Hari ini, Amazon (NASDAQ: AMZN) mengumumkan lima projek tenaga boleh diperbaharui yang baharu di China, Australia dan Amerika Syarikat yang seterusnya menyokong komitmen Amazon untuk mencapai 80% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2024 dan 100% tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2030 (dan berpotensi seawal tahun 2025), serta mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2040.
Projek tenaga boleh diperbaharui Amazon yang pertama di China adalah sebuah projek solar 100 megawatt (MW) di Shandong. Apabila siap nanti, projek itu dijangka dapat menghasilkan 128,000 megawatt jam (MWh) tenaga bersih setiap tahun.
Projek tenaga boleh diperbaharui kedua Amazon di Australia adalah sebuah projek solar 105 MW di New South Wales. Projek ini akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 250,000 MWh tenaga bersih setiap tahun, yang cukup untuk memberikan tenaga bersamaan purata 40,000 rumah di Australia.
Projek tenaga boleh diperbaharui terbaharu Amazon di Amerika Syarikat termasuk dua projek baharu di Ohio, sebuah projek solar 200 MW dan sebuah projek solar 80 MW. Selain itu, sebuah projek solar 130 MW yang baharu di Virginia menjadikan jumlah keseluruhan projek tenaga boleh diperbaharui di Komanwel itu kepada 12. Apabila diaktifkan, ketiga-tiga projek yang berpusat di Amerika Syarikat ini mempunyai kapasiti untuk membekalkan kuasa kepada purata 69,000 rumah Amerika Syarikat setiap tahun.
Apabila siap nanti, lima projek tenaga boleh diperbaharui Amazon yang baharu itu yang mempunyai kapasiti yang dipasang 615 MW akan membekalkan kira-kira 1.2 juta MWh tenaga boleh diperbaharui tambahan kepada rangkaian pemenuhan syarikat itu dan pusat-pusat data Amazon Web Services (AWS), yang memberi kuasa kepada Amazon dan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia.
Setakat ini, Amazon telah mengumumkan 31 projek tenaga angin dan solar yang boleh diperbaharui yang berskala utiliti dan 60 ruftop solar di pusat-pusat pemenuhan dan pusat pengisaran di seluruh dunia. Bersama-sama, projek-projek ini yang mempunyai jumlah kapasiti lebih 2,900 MW akan menghasilkan lebih daripada 7.6 juta MWh tenaga boleh diperbaharui setiap tahun, cukup untuk membekalkan kuasa kepada 680,000 rumah di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment