Monday, May 18, 2020

DAPATAN ISG INDEX™ MENUNJUKKAN PERMINTAAN ASIA PASIFIK TERHADAP PENYELESAIAN AWAN MENCAPAI REKOD TINGGI DALAM SUKU PERTAMA

Pasaran rantau terus didorong oleh penyumberan sebagai perkhidmatan, walaupun perkhidmatan terurus merosot berikutan pandemik


SYDNEY, Australia, 18 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Permintaan Asia Pasifik terhadap penyelesaian berasaskan awan sebagai perkhidmatan melonjak kepada rekod baharu pada suku tahun pertama, walaupun permintaan terhadap perkhidmatan terurus merosot berikutan pandemik Koronavirus, menurut laporan industri yang terkini daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan luar komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) US $5 juta atau lebih, mendapati pasaran sebagai-perkhidmatan Asia Pasifik melonjak 25 peratus kepada rekod US $1.7 bilion ACV pada suku tahun ini, sementara perkhidmatan terurus menurun 27 peratus, kepada US $522 juta. Gabungan kedua-dua segmen tersebut meningkat sebanyak 8 peratus, kepada US $2.2 bilion. Pasaran sebagai-perkhidmatan menyumbang kepada lebih daripada 75 peratus pasaran tergabung bagi rantau itu untuk suku tahun kedua berturut-turut.

Penyumberan sebagai-perkhidmatan didorong oleh permintaan yang tinggi terhadap Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS), meningkat 32 peratus kepada rekod US $1.5 bilion, walaupun menghadapi kekangan permintaan berikutan pandemik di China pada suku tahun ini. Sementara itu, permintaan terhadap Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), telah berkurangan, dengan ACV US $213 juta, menurun sebanyak 8 peratus berbanding rekod pada suku tahun pertama 2019.

Walaupun perkhidmatan terurus menurun berbanding suku pertama tahun lalu yang teguh, telah meningkat sebanyak 26 peratus secara berturutan daripada suku tahun keempat 2019 yang lemah. Dalam perkhidmatan terurus, permintaan pada suku tahun pertama juga berkurangan bagi penyumberan IT (ITO), menurun 27 peratus, kepada US $438 juta dan bagi penyumberan proses perniagaan (BPO), menurun 26 peratus kepada US $84 juta. Kebanyakan pasaran utama menurun bagi suku tahun ini, kecuali pasaran Australia-New Zealand meningkat berbanding suku tahun yang lemah pada tahun lalu—memecahkan penurunan dalam tiga suku tahun yang lalu secara berturutan.

“Kami terus menyaksikan pertumbuhan dalam segmen IaaS berikutan semakin banyak perusahaan mengalihkan beban kerja mereka kepada awan awam atau persekitaran awan hibrid,” kata Scott Bertch, rakan kongsi dan ketua ISG Asia Pasifik. “Sebaliknya, permintaan terhadap perkhidmatan terurus lebih lemah berbanding suku tahun pertama yang teguh dan menunjukkan penurunan berikutan pandemik.”

Pasaran ANZ menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada suku tahun ini yang baru berlalu, dengan ACV US $149 juta, meningkat sebanyak 33 peratus, atas dorongan permintaan yang kukuh daripada industri pembuatan, barang pakej pengguna dan perkhidmatan perniagaan, kata Bertsch. “Syukurlah, kesan COVID-19 tidak begitu ketara di ANZ berbanding dengan negara-negara lain,” kata beliau.

Prestasi 12 Bulan Yang Lalu

Sepanjang 12 bulan yang lalu, ACV serantau dalam segmen sebagai permintaan meningkat 19.4 peratus, kepada US $5.7 bilion, mewakili 69 peratus daripada pasaran tergabung, manakala ACV bagi perkhidmatan terurus menurun 5.8 peratus, kepada US $2.6 bilion, meskipun pasaran di China dan India memberangsangkan.

Dalam segmen sebagai-perkhidmatan, IaaS melonjak 25.3 peratus, kepada US $4.9 bilion, berikutan permintaan terhadap awan awam meningkat. Contoh ketara bagi peralihan ini ialah migrasi Alibaba China kepada awan awam sendiri. Sementara itu, Google dan Microsoft telah melancarkan pusat pembangunan di India, dan Microsoft memasuki kontrak 10 tahun dengan Reliance Industries untuk memindahkan pusat datanya ke awan Azure. Hankook Tire di Korea Selatan, juga mengembangkan penggunaan awan awam, menandatangani kontrak dengan AWS untuk memanfaatkan AI dan keupayaan Data Raya.

Dalam perkhidmatan terurus, ITO menurun 9 peratus, akibat penurunan dua digit dalam perkhidmatan Infrastruktur, walaupun perkhidmatan aplikasi menyokong keseluruhan hasil ITO. Pasaran BPO yang jauh lebih kecil mendapat semula sedikit rangsangan, dengan pengurusan kemudahan dan BPO khusus industri yang menyumbang kepada peningkatan ACV.

Antara industri di Asia Pasifik, telekom dan media (meningkat 50 peratus), pembuatan (meningkat 41 peratus) dan perkhidmatan perniagaan (meningkat 18 peratus) mencatatkan peratusan terbesar dalam ACV pasaran tergabung. Perkhidmatan kewangan (menurun 23 peratus), perjalanan, pengangkutan dan aktiviti santai (menurun 11 peratus) dan tenaga (menurun 6 peratus) mengalami penurunan terbesar.

Ramalan Global

ISG menyatakan bahawa ACV perkhidmatan terurus dijangka menurun 17 peratus secara berurutan pada suku tahun kedua kerana keseluruhan perbelanjaan menjadi perlahan berikutan pandemik. Untuk tahun penuh, ISG meramalkan perbelanjaan perkhidmatan terurus akan menurun sebanyak 7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ramalan ini dibandingkan dengan ramalan awal ISG pada Januari dengan 3.2 peratus pertumbuhan tahunan bagi tahun 2020.

ACV sebagai-perkhidmatan untuk suku kedua dijangkakan akan mendatar, dari suku tahun ke suku tahun, dengan sedikit kemungkinan peningkatan IaaS, kata ISG. Untuk tahun penuh, ISG meramalkan ACV sebagai-perkhidmatan akan meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ramalan ini dibandingkan dengan ramalan awal ISG pada Januari dengan 23.5 peratus pertumbuhan tahunan bagi tahun 2020.

Perihal ISG Index™

ISG Index™ dikenali sebagai sumber berwibawa bagi penyelidikan pasaran industri teknologi global dan perkhidmatan perniagaan. Bagi 70 suku tahun berturut-turut, ISG Index™ telah memperincikan data dan aliran industri terkini untuk penganalisis kewangan, pembeli perniagaan, pembekal perisian dan perkhidmatan, firma guaman, universiti dan media. Pada tahun 2016, ISG Index telah dikembangkan untuk merangkumi liputan pasaran sebagai-perkhidmatan yang berkembang pantas dan mengukur kesan signifikan perkhidmatan berdasarkan awan terhadap transformasi perniagaan digital. ISG juga menyediakan analisis berterusan automasi dan teknologi digital lain dalam pembentangan suku tahun ISG Index.

Perihal ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global. Sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai bagi lebih 700 pelanggan, termasuk lebih 75 daripada 100 perniagaan teratas di seluruh dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan pembekal perkhidmatan dan teknologi untuk mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma ini mengkhusus dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, analitis awan dan data, penasihat penyumberan; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; penyelidikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 profesional berkemahiran digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran inovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam dan keupayaan penyelidikan dan analitis bertaraf dunia, berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.isg-one.com.

Maklumat Hubungan Akhbar:
 
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com
 
Jim Baptiste, Matter Communications untuk ISG
+1 978 518 4527
jbaptiste@matternow.com 

SUMBER : Information Services Group, Inc.

No comments:

Post a Comment