Monday, May 11, 2020

Zynga Umum Keputusan Kewangan Suku Pertama 2020

SAN FRANCISCO, 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2020 dengan memaparkan Surat Perolehan Suku Tahun Q1 2020 pengurusan pada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahun yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results  untuk mengakses surat tersebut.

“Semasa tempoh masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, misi Zynga – untuk menghubungkan dunia menerusi permainan – telah menjadi lebih bermakna bagi syarikat kami. Ketika manusia di seluruh dunia berlindung di tempat mereka, rakan taulan dan keluarga telah beralih ke permainan sosial sebagai satu cara yang sangat menarik dan sangat mudah diakses untuk berhubungan,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Saya amat bangga dengan cara bagaimana pasukan Zynga telah bertindak balas dengan terus menyampaikan perkhidmatan permainan langsung yang berkualiti tinggi kepada berjuta-juta pemain di seluruh dunia. Kami sangat berterima kasih di atas peluang untuk menyediakan keseronokan dan hubungan sosial, serta satu rasa komuniti, semasa pandemik ini.”

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Soalan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin soalan.

Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com –  satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
 
• Nombor Mendail Bebas Tol: (800) 537-0745
• Nombor Mendail Antarabangsa: (253) 237-1142
• ID Persidangan: 3119964


No comments:

Post a Comment