Wednesday, May 13, 2020

WALTON MENGUMUMKAN CAD $21.3 JUTA DILULUSKAN UNTUK PENGAGIHAN KEPADA PELABUR

PHOENIX, 12 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walton, sebuah syarikat pelaburan hartanah dan pengurusan aset tanah, amat teruja untuk mengumumkan pengagihan kepada pelabur secara agregat sebanyak CAD $21,315,034 telah diluluskan pada April daripada entiti yang dikendalikan oleh Walton termasuk: Roll-Up Corporation (RUC), McConachie Asset Management Corporation, U.S. Dollar 1 Corporation, U.S. Dollar 2 Corporation dan WIGI Restructured Bond Corporation.

Satu pengagihan bagi CAD $8.3 juta telah dibayar kepada pemilik saham bagi Roll-Up Corporation (RUC) pada 24 April, 2020. Walton Global Investments, Ltd. adalah pengurus bagi RUC, yang dibentuk melalui penggabungan 132 entiti tanah prapembangunan Kanada dan mempunyai lebih daripada 27,000 pemilik saham. RUC secara kolektif memiliki kepentingan dalam 21,533 ekar tanah prapembangunan di pasaran pertumbuhan utama di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.

McConachie Asset Management Corporation dari Walton telah mengagihkan CAD $5,515,035 pada bon Corporation pada 30 April, 2020. Pembayaran ini mewakili kedua-dua pembayaran balik pokok dan pembayaran faedah. McConachie adalah sebuah projek pembangunan kediaman di Edmonton, AB di mana Walton merupakan Pengurus Projek. Walton telah melengkapkan kesemua aktiviti pembinaan utama pada tahun lalu dan semua lot yang tinggal adalah di bawah kontrak. Walton terus memantau dengan rapi impak bagi keadaan COVID-19 dan apa sahaja kesannya terhadap pembangunan itu.

Walton juga membuat pengagihan pada 4 April, 2020 untuk CAD $924,999.97 dari U.S. Dollar 1 Corporation dan CAD $274,999.94 dari U.S. Dollar 2 Corporation.

Akhir sekali, WIGI Restructured Bond Corporation (WIGI RBC) telah membuat satu pengagihan tunai bagi CAD $6,300,000 pada 5 Mei, 2020. Ini merupakan pengagihan pertama yang dibuat daripada entiti ini.

“Lima entiti yang dikendalikan oleh Walton ini telah mendapat momentum yang hebat ketika memasuki tahun 2020 dan kami sangat teruja kerana dapat menyampaikan pengagihan ini kepada pelabur. Kami terus memantau dengan rapi impak COVID-19 dan berusaha untuk menggerakkan sebanyak mungkin urus niaga ke hadapan melalui struktur keluar kami yang unik. Model pengurusan aset Walton memberikan satu peluang yang baik bagi jurubina dan pelabur dan kami berharap dapat menyelesaikan urus niaga tambahan sepanjang tahun 2020,” kata Bill Doherty, Ketua Pegawai Eksekutif, Walton Group of Companies.

Maklumat mengenai Walton

Walton adalah sebuah syarikat pelaburan hartanah global, pelaburan aset tanah dan pentadbiran terkemuka yang dimiliki secara persendirian yang telah memberi tumpuan kepada tanah yang terletak secara strategik di koridor pertumbuhan utama selama lebih dari 40 tahun. Syarikat itu mengurus dan mentadbir aset hartanah bernilai AS$3.8 bilion di Amerika Utara, bagi pihak pelabur dan rakan perniagaan mereka. Walton mempunyai lebih daripada 104,000 ekar tanah di bawah pemilikan, pengurusan dan pentadbiran di Amerika Syarikat dan Kanada. Entiti utama di dalam Kumpulan Walton termasuk Walton Global Holdings, Walton International Group dan Walton Development and Management. Untuk maklumat lanjut, sila layari Walton.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13387

No comments:

Post a Comment