Tuesday, May 12, 2020

PROJEK "MEJA KOMUNITI" UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH MEMBERANGSANGKAN

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Parti Gerakan Rakyat Malaysia hari ini menerima lebih 100 penerima bantuan program prihatin rakyat menerusi projek ‘Meja Komuniti’ di ibu pejabat Parti Gerakan. Bantuan yang diagihkan selama sejam sejak jam 9 pagi itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutamanya daripada golongan B40.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai ketika ditemui dalam majlis agihan bantuan berkata, matlamat meja komuniti ini perlu diteruskan sehingga negara pulih demi membantu mereka yang terkesan kerana pandemik Covid-19. Antara barang bantuan yang diagihkan kepada orang ramai adalah beras, minyak masak, tepung dan barang-barang kering lain.

"Ini adalah rancangan nasional yang dipromosikan oleh Parti Gerakan. Matlamat Parti Gerakan adalah membantu golongan berpendapatan rendah dan orang-orang yang memerlukan bantuan di setiap konstituen sebanyak mungkin."

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

"Memandang Gerakan mempunyai sumber yang terhad, Projek ini dimulakan di ibu pejabat Parti Gerakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor sebagai permulaan dan seterusnya berkembang ke negeri lain secara berperingkat.”

"Meja Komuniti ini mula beroperasi di ibu pejabat utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Masa operasi bermula daripada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Oleh kerana cara agihan adalah berkonsepkan 'first come first serve', pemohon perlu mematuhi syarat. Mereka mesti terdiri daripada warganegara Malaysia, penerima bantuan BSH dan hanya layak menerima sekali sahaja untuk setiap orang”.

Beliau berharap matlamat ini mendapat sokongan daripada kalangan ahli perniagaan dan orang ramai, sesiapa yang berkemampuan dialu-alukan untuk meletakkan barang sumbangan di meja bulat untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.
 
Sumber: Parti Gerakan Rakyat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Pegawai Media Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Nama: Cik Faridah
Tel: +6016-7126577

 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment