Wednesday, May 20, 2020

Interactive Brokers Lancar Tempat Pasaran Dana Bersama Tanpa Beban Terbesar*

GREENWICH, Conn., 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) — Interactive Brokers Group, Inc. (Nasdaq: IBKR) hari ini mengumumkan pelancaran Tempat Pasaran Dana Bersama mereka yang baharu, yang menawarkan ketersediaan kepada lebih daripada 25,000 dana bersama, termasuk lebih 21,000 dana tanpa beban dan 8,300 tanpa yuran urus niaga, daripada lebih dari 290 keluarga dana. Tempat pasaran itu, yang boleh dilayari di ibkr.com/funds, tersedia kepada penduduk di lebih dari 200 buah negara dan wilayah.

“Tempat Pasaran Dana Bersama Interactive Brokers kini menjadi dana bersama tanpa beban sumber tunggal yang terbesar,” kata Steve Sanders, Naib Presiden Eksekutif bagi pemasaran dan pembangunan produk. “Tempat Pasaran kami juga mempunyai kos yang lebih rendah, jika bukan yang paling rendah, untuk inventori dana bersama kami yang besar.”

Pelanggan boleh memilih daripada beribu-ribu dana bersama percuma atau bayar hanya €4.95 (atau yang setara) bagi setiap perdagangan.** Sanders juga menyatakan bahawa, tidak seperti banyak pesaing, Interactive Brokers tidak mengenakan sebarang yuran jagaan. Selain itu, Tempat Pasaran Dana Bersama Interactive Brokers merangkumi produk yang eksklusif dari syarikat-syarikat luar.

“Daripada mendorong dana proprietari seperti Fidelity, Vanguard, Schwab dan lain-lain, Interactive Brokers adalah produk neutral,” kata Sanders. “Kami mempunyai pelbagai keluarga dana yang hebat yang terdapat di tempat pasaran agnostik kami.”

Untuk memudahkan pencarian di tempat pasaran yang besar itu, Interactive Brokers pada minggu ini juga memperkenalkan sebuah Peranti Pencarian Dana Bersama bagi membolehkan pelanggan dan bukan pelanggan mencari produk dan menyusunnya mengikut negara tempat tinggal mereka,  komisen yang dikenakan, jenis dana dan keluarga dana.

Sebagai tambahan kepada dana bersama, pelanggan Interactive Brokers boleh melabur di dalam saham, opsyen, niaga hadapan, tukaran mata wang asing, bon, dan dana dagangan bursa atau ETF di 135 pasaran di 31 buah negara dari satu akaun bersepadu yang tunggal.

“Interactive Brokers sentiasa memberikan tumpuan kepada menyediakan teknologi termaju, harga yang lebih tinggi dan kelebaran produk di seluruh dunia. Kami kini telah membina tempat pasaran dana bersama tanpa beban yang terbesar untuk membantu pelabur menikmati peningkatan akses kepada pasaran global dan kepelbagaian yang lebih besar,” kata Sanders.

Penduduk Australia, Hong Kong, Jepun, dan Singapura tidak akan mempunyai akses segera ke tempat pasaran itu tetapi harus menyemak semula ketersediaannya nanti. Akses tidak tersedia kepada penduduk bagi negara atau wilayah yang menghadapi sekatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13423

No comments:

Post a Comment