Friday, May 22, 2020

NTHU MENGGUNAKAN DATA BESAR UNTUK MENANGANI KORONAVIRUS

HSINCHU, Taiwan, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) baru-baru ini telah mula bekerjasama dengan Facebook dan Universiti Harvard dalam menggunakan data besar untuk mengkaji potensi penyebaran koronavirus di Taiwan. Kerjasama antarabangsa ini diketuai oleh Penolong Profesor Hsiao-Han Chang dari Institut Bioinformatik dan Biologi Struktur di NTHU. Keputusan awal menunjukkan bahawa risiko jangkitan tempatan adalah lebih tinggi daripada jangkitan jarak jauh di antara daerah dan bandar raya. Nasihat Chang untuk percutian yang akan datang adalah duduk di rumah dan untuk mengelakkan tempat tumpuan orang ramai.

Berdasarkan kepada hasil bagi satu lagi kajian yang beliau jalankan baru-baru ini dengan menggunakan pemodelan matematik untuk menilai kesan daripada memakai pelitup muka, Chang sangat menyokong keputusan Pusat Kawalan Epidemik Pusat (CECC) untuk mewujudkan sebuah sistem bagi mengagihkan pelitup muka, kerana ia menghalang daripada menyorok satu item yang penting untuk mengehadkan penyebaran wabak itu.

Menggunakan data besar Facebook ke atas pergerakan orang ramai

Pada akhir Januari Facebook, platform media sosial terbesar di dunia — mula memberikan data pergerakan untuk satu kajian bersama oleh NTHU dan School of Public Health Universiti Harvard berhubung penyebaran koronavirus. Data itu merangkumi anggaran mengenai jumlah orang yang bergerak di antara bandar raya.

Kesesakan berisiko tinggi

Pasukan penyelidik Chang juga mendapati bahawa pergerakan tempatan memainkan satu peranan yang lebih penting di dalam potensi penyebaran koronavirus berbanding dengan pergerakan jarak jauh. Ini bertentangan dengan persepsi yang meluas bahawa perjalanan jarak jauh adalah faktor risiko yang paling penting; apa yang paling penting sebenarnya ialah bilangan orang yang berhubungan dan jangka masa seseorang berada dekat dengan mereka. Oleh itu, berkunjung ke tempat-tempat yang sesak dekat rumah seseorang mungkin tidak lebih selamat jika dibandingkan dengan melancong ke tempat-tempat pelancongan yang popular. Bagi Chang, satu penemuan kajian yang lebih menarik adalah bahawa, walaupun terdapat peringatan berulang kali yang dikeluarkan oleh CECC sejak awal wabak itu, perjalanan di Taiwan terus rancak tanpa ada pengurangan.

Pasukan itu juga telah menggunakan pemodelan matematik untuk mensimulasikan impak daripada memakai pelitup muka. Menurut Chang, terdapat satu hubung kait yang jelas di antara penggunaan pelitup muka yang meluas dan betul dengan bilangan jangkitan yang lebih rendah. Berjuta-juta pelitup muka sedang dihasil dan diedarkan setiap hari di Taiwan, dan ini adalah satu daripada sebab negara ini dapat menangani wabak tersebut dengan selamat secara relatif.

Keutamaan bagi pengagihan pelitup muka

Satu kajian oleh Chang dan Colin Worby, seorang ahli biologi pengiraan di Broad Institute of MIT dan Harvard, menunjukkan bahawa penggunaan pelitup muka secara betul oleh majoriti orang ramai mengurangkan dengan ketara jumlah jangkitan dan kematian.

Mereka juga mendapati bahawa apabila pelitup muka dihadkan, dengan memberi keutamaan kepada kumpulan berisiko tinggi dapat membantu untuk mengurangkan keseluruhan jangkitan dan kematian. Chang berkata bahawa di peringkat awal wabak itu, CECC telah mengambil alih kilang-kilang membuat pelitup muka di Taiwan dan mewujudkan sebuah sistem pengagihan pelitup muka untuk mencegah pembelian secara panik dan penyorokan — dua langkah utama yang telah membantu negara itu untuk terus berada di hadapan lengkung tersebut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13427

No comments:

Post a Comment