Friday, May 15, 2020

Fusionex Membantu Pusat Jahitan Untuk Menghasilkan PPE Bagi Petugas Penjagaan Kesihatan Barisan Hadapan



KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin teknologi AI dan Data Besar yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex bergabung tenaga dengan perusahaan sosial tempatan Batik Boutique untuk menggunakan semula pemotong industri dan tukang jahit yang mahir di pusat jahitan itu untuk memulakan pengeluaran kelengkapan perlindungan diri (PPE) bagi doktor, jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal penat untuk memastikan negara kita selamat.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200513005615/en/

PPE itu dihasilkan sesuai dengan peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan agar ia efektif dalam melindungi pengguna daripada koronavirus.

“Setelah menyedari terdapat kekurangan PPE, kami mengambil keputusan untuk melibatkan diri dengan mewujudkan satu barisan pengeluaran di Batik Boutique. Fusionex telah menjadi penaja korporat yang hebat kerana mereka telah bergabung dengan kami untuk menyediakan mata pencarian bagi tukang jahit yang menyertai kami dan, yang lebih penting lagi, memberikan keselamatan kepada kakitangan perubatan yang sedang berjuang memerangi pandemik Covid-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Batik Boutique Amy Blair.

Perkongsian ini bertumpu kepada menghasilkan PPE (gaun pengasingan, kasut dan penutup kepala) bagi barisan hadapan, dan telah dihantar kepada organisasi impak sosial Me.Reka untuk kerja sanitasi. Sebagai peralatan perubatan yang digunakan untuk bertemu dan merawat pesakit, proses sanitasi itu akan memastikan PPE itu memenuhi standard kebersihan dan keselamatan paling tinggi.

“Sebagai sebuah perusahaan sosial, kami tidak boleh melakukan perkara ini secara bersendirian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fusionex di atas sokongan mereka kerana ini membolehkan kami bekerja bersama-sama dengan organisasi lain yang sehaluan seperti Batik Boutique untuk membuat sumbangan PPE kepada Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Selain itu, ini membantu mengekalkan pendapatan komuniti terpinggir, yang sebaliknya tidak akan mempunyai pendapatan sepanjang masa krisis ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Me.Reka, Gurpreet Singh Dhillon.

Oleh kerana belum ada vaksin yang dibangunkan lagi, pekerja penjagaan kesihatan terus menguji sejumlah besar pesakit setiap hari, yang mengakibatkan dalam bekalan PPE semakin berkurangan pada kadar yang cepat. Satu daripada penerima yang menerima sumbangan ini adalah Hospital Kuala Lumpur, yang memerlukan lebih daripada 500 unit PPE setiap hari, yang akan mereka gunakan segera di barisan hadapan.

“Kami ingin memastikan bahawa pekerja penjagaan kesihatan kami dilindungi kerana kebimbangan utama kami adalah pesakit tak bergejala. Dengan adanya PPE ini, kami dapat dilengkapi dengan lebih baik untuk menangani kes Covid-19 pada masa ini dan pada masa hadapan. Bagi pihak Hospital Kuala Lumpur, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma, terutamanya Fusionex, kerana menyediakan kepada kami PPE ini untuk membantu dalam memerangi Covid-19,” kata Doktor Bilik Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Raymond George Varughese.

“Tanpa peralatan pencegahan yang betul, pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan dan responden pertama kita berisiko lebih tinggi dijangkiti koronavirus dan ini boleh memberi tekanan kepada tenaga kerja penjagaan kesihatan kita. Kami berharap bahawa sumbangan kami dapat membantu melindungi wira-wira barisan hadapan kita, yang membahayakan kesihatan mereka setiap hari, demi negara. Fusionex juga akan terus memberikan sumbangan dengan apa jua cara yang mungkin untuk menyokong inisiatif seperti ini dan juga mereka yang berani yang memberikan segalanya untuk merawat dan membantu komuniti kita melalui masa-masa yang sangat sukar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13403

No comments:

Post a Comment