Thursday, May 28, 2020

BLUE OCEAN ROBOTICS DIIKTIRAF DENGAN ANUGERAH KEPIMPINAN PRODUK ROBOT 2020 UNTUK ROBOT UVD YANG MEMBUNUH VIRUS



“Anugerah Amalan Terbaik” Frost & Sullivan Mengiktiraf Impak bagi Robot UVD Syarikat di dalam Pembasmian Kuman Terhadap Virus seperti COVID-19 serta Robot Perkhidmatan Lain Syarikat; Robot GoBe dan Robot PTR

ODENSE, Denmark, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Blue Ocean Robotics mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Frost & Sullivan untuk Anugerah “Kepemimpinan Produk Robot Perkhidmatan Profesional Eropah 2020” Amalan Terbaik mereka. Pengiktirafan itu telah diperolehi terutamanya berdasarkan kepada usaha syarikat itu dengan anak syarikat UVD Robots, yang menggabungkan teknologi robot berautonomi dengan sinar ultra unggu untuk nyahjangkit terhadap virus seperti COVID-19.

Sebuah anak syarikat Blue Ocean Robotics, penyelesaian berinovatif UVD Robots yang berpangkalan di Denmark telah terbukti dapat menghapuskan patogen dalam masa 10-15 minit di sebuah bilik pesakit. Robot nyahjangkit pandu sendiri syarikat itu telah dilancarkan ke lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia, sehingga kini.

“Pengiktirafan oleh Frost & Sullivan dengan sebuah ‘Anugerah Amalan Terbaik’ memberi penghormatan kepada hati, semangat dan dorongan yang kami dedikasikan untuk menciptakan inovasi, pembangunan dan kejayaan komersial,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Blue Ocean Robotics Claus Risager. “Kami sangat berbangga kerana dapat mengembangkan robot yang bukan hanya membantu menyelesaikan masalah dunia, tetapi juga merupakan pelaburan yang kukuh dan menguntungkan bagi pemilik kami.”

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan telah diberikan kepada syarikat yang menggalakkan pertumbuhan yang signifikan di dalam industri mereka, telah mengenal pasti trend yang baru muncul sebelum ia menjadi standard di tempat pasaran, dan telah mencipta teknologi termaju untuk memangkin dan mengubah industri.

“Produk kemegahan Blue Ocean Robotics, UVD Robots, terutamanya membolehkan hospital-hospital untuk mengurangkan penularan penyakit dengan membunuh 99.99 peratus bakteria dan mikroorganisma,” kata Rohit Karthikeyan, Pengurus Industri dengan Frost & Sullivan. “Ini adalah robot bergerak berautonomi yang pertama dan satu-satunya  yang nyahjangkit pelbagai permukaan dengan menggunakan sinar UV-C, memberikannya utiliti unggul berbanding dengan penyelesaian pesaing. Uniknya, robot UVD dapat dikendalikan dengan mudah dengan menggunakan sebuah tablet.”

Maklumat mengenai Blue Ocean Robotics

Blue Ocean Robotics membangun, menghasil dan menjual robot perkhidmatan profesional di dalam penjagaan kesihatan, perhotelan, pembinaan, pertanian, dan pasaran global yang lain. Portfolio bagi robot itu merangkumi jenama; UVD Robots, sebuah robot bergerak untuk nyahjangkit; GoBe Robots, sebuah robot yang menggunakan teknologi realiti maya untuk berkomunikasi; dan PTR Robots, sebuah robot bergerak untuk pengendalian dan pemulihan pesakit secara selamat. Setiap robot ditempatkan di syarikat usaha niaga anak syarikatnya sendiri, menjadikan Blue Ocean Robotics sebagai Kilang Usaha Niaga Robot yang pertama di dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13439

No comments:

Post a Comment