Tuesday, May 19, 2020

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA DAN BARANGAN GARDENIA KEPADA RIDER GRAB FOOD



Simbolik serahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengurus Pengurusan Sistem & Perhubungan Institusi merangkap Ketua Jawatankuasa Halal Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Encik Azmy Roslin, Ketua Hal Ehwal Awam & Kerajaan Grab Malaysia, Encik Ebi Azly Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Encik Soffan Affendi Aminudin.

KERJASAMA ANTARA KHAIRA PPZ, GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD & GRAB MALAYSIA 


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Khaira PPZ dengan kerjasama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd semalam mengadakan sumbangan juadah berbuka puasa serta barangan jenama Gardenia kepada 100 rider Grab Food di dua lokasi berbeza iaitu di Grab e-Kitchen Bazar dan Salad Atelier CafĂ©.
 
Ianya bertujuan untuk berkongsi rezeki dan menghayati erti syukur di bulan Ramadan bersama mereka yang memerlukan sesuai dengan tagline Khaira PPZ sempena Ramadan ini, iaitu #syukurinikmatramadan. Sempena dengan itu, PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ berkolaborasi dengan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Grab Malaysia menyantuni  pemandu/rider Grab Food yang sentiasa berkhidmat menghantar makanan kepada orang ramai lebih-lebih lagi di dalam situasi pandemik COVID-19 dan di bulan Ramadan ini. 
 
Sebanyak 100 bungkus juadah berbuka bernilai RM5,000 dan 100 bungkus barangan makanan jenama Gardenia disumbangkan kepada pemandu/rider Grab Food sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkhidmat untuk orang ramai di sekitar Kuala Lumpur.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) atas kesudian berkolaborasi bersama Khaira PPZ dalam menyebarkan kebaikan dan menjayakan #syukurinikmatramadan.
 
“Kami amat mengalu-alukan kolaborasi seperti ini untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak” katanya.
 
“Saya juga ingin mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh umat Islam untuk segera menunaikan zakat bagi membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan di luar sana lebih-lebih lagi di dalam keadaan yang sukar ini” tambahnya lagi.
 
Gardenia
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah memperuntukkan lebih daripada RM 1 juta kepada kelompok masyarakat yang terjejas sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan tersebut adalah dalam bentuk produk-produk keluaran Gardenia, telah diedarkan kepada kelompok keluarga B40, para petugas barisan hadapan dan para penuntut universiti di bawah Program Food Bank Siswa di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
Program bantuan COVID-19 Gardenia diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah berganding bahu dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk terus menghulurkan bantuan kepada lebih banyak para petugas barisan hadapan.
 
“Terima kasih atas kerjasama PPZ-MAIWP, kami mampu memperluas jangkauan Program Bantuan COVID-19 Gardenia kepada lebih banyak isi rumah yang memerlukan dan membantu meringankan beban petugas barisan hadapan. Kami berharap pek hadiah Ramadhan Gardenia ini dapat membantu golongan miskin bandar dan para petugas perkhidmatan kritikal menikmati makanan yang cepat dan mudah disediakan ketika bersahur di permulaan hari atau semasa berbuka puasa di penghujung hari." Kata Hazlinah Harun, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL
 
Grab Malaysia
“Kami berterima kasih kepada pihak PPZ-MAIWP dan Gardenia atas sumbangan serta sokongan mereka terhadap pemandu serta rakan penghantar kami. Pemandu dan rakan penghantar kami sama seperti rakan peniaga kami. Mereka adalah para wira yang terus berusaha memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan harian pada masa yang sukar ini. Sokongan mereka sangat luar biasa dan kami akan terus membantu rakan pengantaran kami untuk melindungi mata pencarian dan memastikan mereka sentiasa selamat selagi kami menghadapi tempoh yang sukar ini bersama,”, kata Ebi Azly Abdullah, Ketua Hal Ehwal Awam & Kerajaan, Grab Malaysia.
 
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nor Mukshar Harun
Penolong Pengurus Besar
Hal Ehwal Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 386 1820

Nama: Norazlina Nordin
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 728 3839

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment