Wednesday, May 13, 2020

TAIPEI SCHOOL OF ECONOMICS DAN SAINS POLITIK DIWUJUDKAN DI NTHU DENGAN SUMBANGAN AS$100 JUTA


Table

Pada majlis penandatanganan itu, dari kiri ke kanan: pengerusi Yayasan TSE Huang Huang-hsiung, presiden NTHU Hocheng Hong, dan naib pengerusi Kumpulan Pau Jar Lin Chia-hung. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)


HSINCHU, Taiwan, 13 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 9 Mei Universiti Nasional Tsing Hua telah memeterai satu perjanjian untuk bersama-sama menubuhkan Taipei School of Economics dan Sains Politik (TSE) bersama-sama dengan Yayasan TSE, yang telah ditubuhkan dengan sumbangan AS$100 juta daripada usahawan  Lin Chen-hai, pengasas bagi Kumpulan Pau Jar. Misi TSE itu adalah untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia di dalam bidang ekonomi, politik antarabangsa, dan hal ehwal awam, dengan Asia sebagai pusat graviti, dan akan tidak lama lagi mengambil anggota fakulti terkemuka dari seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/52219087/en/

Pada majlis penandatanganan itu, pengerusi Yayasan TSE Huang Huang-hsiung berkata bahawa TSE akan ditempatkan di kampus NTHU, dan bahawa jenis kerjasama ini di antara sektor awam dan swasta adalah sesuatu yang baharu di dalam sejarah pendidikan tinggi di Taiwan.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Pendidikan Pan Wen-chung, yang berkata bahawa penubuhan TSE tidak diragukan lagi merupakan satu peristiwa penting yang baharu bagi pendidikan tinggi di Taiwan. Presiden NTHU Hocheng Hong berkata bahawa rancangan bagi penubuhan TSE telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, dan bahawa ia akan tidak lama lagi mengambil pelajar peringkat sarjana dan kedoktoran untuk tahun pengajian 2021-22, dua pertiga daripada mereka akan merupakan pelajar antarabangsa, sambil menambah bahawa kesemua kursus akan diajar dalam Bahasa Inggeris.

Pengerusi Huang berkata bahawa TSE berhasrat untuk menarik pelajar-pelajar yang cemerlang dan fakulti bertaraf dunia, di mana untuk tujuan itu beliau sedang membantu menubuhkan sebuah jawatankuasa penasihat antarabangsa, yang termasuk empat bekas menteri pendidikan bagi mengatur pertukaran akademik dengan institusi terkenal seperti London School of Economics (LSE) dan Harvard Kennedy School.

Presiden NTHU Hocheng Hong berkata bahawa kerjasama awam-swasta dalam pendidikan pada skala seperti itu tidak pernah dilakukan sebelum ini, dengan menunjukkan bahawa sumbangan AS$100 juta oleh Lin adalah yang terbesar yang pernah dibuat di dalam bidang pendidikan sains sosial di Taiwan.

Hocheng menegaskan bahawa teknologi merupakan satu faktor utama di dalam semua cabaran yang paling mendesak yang dihadapi oleh manusia sejagat, seperti keselamatan makanan, pemeliharaan alam sekitar, tenaga, peperangan, dan juga wabak, dan bahawa sebarang penyelesaian yang boleh dilaksanakan harus mengambil kira faktor teknologi, politik, dan ekonomi, dengan menambahkan bahawa ini adalah satu daripada motivasi dasar untuk menubuhkan TSE di Universiti Nasional Tsing Hua.

Hocheng berkata bahawa TSE akan menjadi kolej kesebelas di NTHU, dan bahawa program peringkat sarjana dan kedoktoran pelbagai disiplin itu akan dimodelkan pada program di LSE. TSE merancang untuk menerima sekurang-kurangnya 10 pelajar peringkat sarjana bagi tahun pengajian 2021-22, dan pada tahun pengajian berikutnya sekurang-kurangnya 40 pelajar peringkat master dan 10 pelajar kedoktoran, selepas itu jumlah pendaftaran akan secara beransur-ansur meningkat tahun demi tahun. Semasa fasa awal itu, kelas-kelas TSE akan diadakan di Bangunan Inkubasi Inovasi di kampus NTHU, sehingga bangunan program itu siap dibina di kedua-dua tempat di kampus dan di Taipei.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/52219087/en/

Hubungi

Holly Hsueh
Universiti Nasional Tsing Hua
Tel: (886)3-5162006
E-mel: hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua

No comments:

Post a Comment