Thursday, May 21, 2020

SKILLING MEMPERLUAS TAPAK GLOBAL MEREKA DENGAN LESEN FSA SEYCHELLES


Table

Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling Memperluaskan Tapak Global Mereka dengan Lesen FSA Seychelles. (Grafik: Business Wire)


NICOSIA, Cyprus, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling mencapai satu lagi kejayaan penting pada tahun ini dengan pemerolehan lesen FSA Seychelles yang membolehkan pengembangan global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200519005391/en/

Ditubuhkan pada tahun 2016, Skilling memperoleh lesen CySEC mereka pada tahun 2018, yang membolehkan mereka untuk menawarkan perkhidmatan perdagangan di EEA, dan memperoleh kebenaran Cawangan FCA mereka di United Kingdom pada Januari 2020 untuk terus memberi perkhidmatan pasca Brexit United Kingdom.

“Pemerolehan bagi lesen Seychelles yang berprestij itu adalah satu kejayaan yang sangat penting bagi pengembangan global kami. Sejak pelancaran kami di Eropah pada tahun lalu, kami dengan bangga menyaksikan permintaan yang tinggi terhadap produk kami. Kami telah berusaha secara berterusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu untuk menjadikan platform perdagangan kami lebih pantas dan licin. Kami kini sudah semakin bersedia untuk menawarkan platform perdagangan proprietari kami ‒ dengan harga yang kompetitif dan telus, pelaksanaan pesanan yang sangat pantas, dan sokongan pelbagai bahasa ‒ kepada pedagang dari seluruh dunia,” kata AndrĂ© Lavold, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Skilling. “Skilling berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan antarabangsa; dan, dengan lesen Seychelles itu, pelanggan kami di luar dari Eropah dapat mengharapkan tahap keunggulan yang sama yang telah diberikan oleh Skilling kepada pelanggan mereka di Eropah.”

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles adalah pengawal selia untuk perkhidmatan kewangan bukan perbankan di Seychelles. Ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan, 2013, Pihak Berkuasa itu bertanggungjawab untuk pelesenan, penyeliaan, dan pengembangan bagi industri perkhidmatan kewangan bukan perbankan di Seychelles menerusi sebuah rejim kawal selia yang mantap.

“Kita mempunyai detik masa yang mengujakan di hadapan kita, dan saya dan pasukan itu sangat teruja,” kata Encik Lavold.

Skilling (Seychelles) Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) di bawah lesen No. SD042 (‘Syarikat’ itu). Suit 3, Global Village, Kompleks Jivan, Mont Fleuri, Mahe, Seychelles.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200519005391/en/

Hubungi

Pavel Spirin
marketing@skilling.com

Sumber : Skilling

No comments:

Post a Comment