Tuesday, May 19, 2020

RANTAIAN NILAI GLOBAL VIET NAM: MEWUJUDKAN LEBIH BANYAK NILAI TAMBAH KEPADA EKONOMI TEMPATAN DARIPADA PENINGKATAN EKSPORT MERUPAKAN SATU PERSOALAN YANG TINGGAL UNTUK DITANGANI OLEH KERAJAAN, KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

TOKYO, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walaupun Viet Nam — satu daripada negara termiskin di dunia pada tahun 1980-an — telah hari ini menjadi sebuah ekonomi berasaskan pasaran dan pertumbuhan yang luar biasa, hakikatnya adalah bahawa negara itu menghasilkan sangat sedikit nilai tambah daripada eksport (AS$69 bilion pada tahun 2019) yang setara kepada hanya satu perempat daripada nilai nominal bagi eksport barangan dan perkhidmatan (AS$260 bilion), menimbulkan banyak cabaran strategik kepada pembangunan Viet Nam, kata kajian oleh Pusat ASEAN-Jepun mengenai Rantaian Nilai Global di ASEAN: Viet Nam [https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper11/], yang dikeluarkan hari ini.

Pelaburan langsung asing (FDI) yang banyak, khususnya FDI dalam pemprosesan eksport di Viet Nam bermaksud bahawa negara tersebut telah menjadi sebuah destinasi pilihan untuk pengeluaran pemprosesan eksport. Walaupun eksport kasar bagi Viet Nam sedang meningkat, sumbangan bagi eksport nilai tambah domestik (iaitu nilai tambah yang diwujudkan di dalam negara dalam eksport Viet Nam) kepada ekonomi negara itu adalah kecil, yang mencakupi hanya 12 peratus daripada KDNK, berbanding dengan purata ASEAN sebanyak 33 peratus.

Kesan daripada FDI terhadap ekonomi serta eksport bergantung kepada struktur nilai tambah bagi ekonomi Vietnam, di mana sektor sekunder (pembuatan), terutamanya industri bagi makanan dan minuman, menunjukkan kesan pengganda yang besar. Semakin tinggi kesan pengganda itu, semakin banyak impak daripada FDI terhadap ekonomi dijangkakan.

Rantaian nilai global (GVC) bagi Viet Nam menunjukkan sejauh mana negara itu terlibat di dalam rangkaian pengeluaran dunia dan serantau. Dalam tempoh hampir tiga dekad, bahagian sumbangan bagi negara-negara asing terhadap eksport nilai tambah dari Viet Nam naik turun dari 23 hingga 42 peratus sebelum stabil pada 32 hingga 33 peratus. Pada masa itu, anggota-anggota ASEAN, Republik Korea dan China telah menjadi pengeksport perantaraan yang penting kepada ASEAN dan bersama-sama dengan Jepun, mereka menjadi sebahagian daripada GVC Viet Nam dan mengambil bahagian secara kritikal di dalam eksport kasar Viet Nam. Apa yang berbeza daripada negara-negara ASEAN yang lain adalah kepentingan relatif bagi input yang diimport dari Jepun dan digunakan di dalam eksport Viet Nam masih kekal tinggi (7 peratus daripada jumlah eksport), sementara di negara-negara ASEAN yang lain, kepentingan ini semakin menurun.

Perubahan bagi kadar penyertaan GVC bagi Viet Nam telah kebanyakannya disebabkan oleh bahagian huluan bagi rantaian itu (iaitu peruntukan input), dan bukannya pada bahagian hiliran, yang juga merupakan bahagian yang dominan sejak tahun 1990. Walaupun negara itu telah menjadi semakin terlibat di dalam rangkaian pengeluaran antarabangsa, rantaian yang diwujudkan di dalam rantau ASEAN (rantaian nilai serantau) tidaklah sekuat seperti purata serantau ASEAN.

Terdapat satu perhubungan di antara peningkatan tahap FDI dan pertumbuhan bagi penyertaan Viet Nam di dalam GVC, dan kedua-dua ini mewujudkan manfaat bagi ekonomi itu. Terbukti secara empirik bahawa penyertaan GVC juga ada kaitan dengan lebih banyak peluang bagi pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

Untuk mengambil kesempatan daripada perkara itu, Viet Nam harus meningkatkan kerangka perundangan dan prosedur pentadbiran mereka bagi membantu sektor domestik menangani cabaran semasa mereka, dan mengikuti pembaharuan ekonomi di bawah Doi Moi bagi menarik FDI, bersama dengan menggalakkan pembangunan teknologi tinggi dan infrastruktur moden.

Hubungi

Tomoko Miyauchi
URL: https://www.asean.or.jp/en/
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13412

No comments:

Post a Comment