Saturday, June 17, 2023

CANVA MELANCARKAN PLATFORM PEMBANGUN GLOBAL, DANA 50 JUTA & KEUPAYAAN PENYEPADUAN BAHARU UNTUK MELUASKAN PASARAN APLIKASI CANVA




Canva Apps SDK kini tersedia untuk kegunaan orang ramai dan pembangun boleh menyertai senarai tunggu untuk Canva Connect (REST) ​​API yang pertama seumpamanya


SAN FRANCISCO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini Canva, satu-satunya platform komunikasi visual semua dalam satu di dunia, menganjurkan persidangan pembangun pertama syarikat itu, Canva Extend di San Francisco. Syarikat tersebut memperkenalkan Platform Pembangun Canva baharu merangkumi API dan alat pembangunan yang membolehkan pembangun meletakkan aplikasi atau platform mereka kepada 135 juta pengguna aktif bulanan syarikat itu. Canva turut mengumumkan Dana Inovasi Pembangun Canva bernilai 50 juta untuk menyokong pembangun aplikasi agar menyediakan pengalaman yang menarik dan inovatif kepada komuniti Canva.

Canva memperkenalkan pelbagai cara untuk pembangun membina platform dan melancarkan Canva Apps SDK (Kit Pembangunan Perisian) untuk kegunaan orang ramai. Selain itu, syarikat mengumumkan Canva Connect API (REST API) pertama yang akan datang pada penghujung tahun ini, melancarkan perpustakaan Canva Apps SDK UI dan menayangkan pelan hala tuju API syarikat.

Canva Apps SDK telah berada dalam versi beta sejak sembilan bulan yang lalu, dengan lebih daripada 11,000 pembangun berada dalam senarai tunggu. Kini, mereka yang berada dalam senarai tunggu dan sesiapa sahaja yang ingin membina atau menyepadukan aplikasi mereka ke dalam Canva mempunyai akses terus kepada komuniti global yang sentiasa mahukan untuk mereka bentuk dengan lebih baik, meningkatkan produktiviti mereka dan memudahkan aliran kerja mereka. Canva mempelawa pembangun di seluruh dunia untuk menyertai Pembangun Canva mulai hari ini di sini.

Sementara itu, Canva telah menyumbang sebanyak 50 juta kepada Dana Inovasi Pembangun Canva yang pertama seumpamanya untuk melabur dalam pembangun aplikasi yang kreatif dan inovatif serta membantu mereka membawakan pengalaman baharu kepada komuniti Canva. Dengan matlamat untuk mempercepat pertumbuhan dan penggunaan aplikasi di Canva, dana tersebut akan memberikan sokongan dalam bentuk geran kewangan dan bimbingan pakar. Ia juga akan memberikan tumpuan kepada memperkasakan pembangun yang ketinggalan dalam pasaran global.

“Kami sangat teruja dengan momentum yang diperoleh hasil bekerjasama dengan rakan kongsi beta kami untuk menyelaraskan penciptaan aplikasi di Canva,” kata Anwar Haneef, Ketua Ekosistem di Canva. “Dengan membuka enjin reka bentuk kami kepada komuniti pembangun yang lebih meluas, kami membolehkan pengedaran segera aplikasi dan perkhidmatan mereka kepada berjuta-juta orang di Canva. Mereka boleh memanfaatkan maklum balas berharga dan kreativiti komuniti kami yang akan mendapat manfaat daripada cara baharu untuk mencapai matlamat mereka.”

Canva Connect API

Canva Connect API iaitu REST API pertama syarikat akan memudahkan dan mengautomasikan proses untuk pasukan menggunakan Canva. Tidak lama lagi, pembangun dapat menyambungkan mana-mana aplikasi dengan Canva untuk menyegerakkan reka bentuk, aset, komen dan banyak lagi dengan lancar merentasi platform. Connect API juga akan membolehkan pengurusan fail dan reka bentuk yang dipermudah. Mereka boleh memuat naik aset secara pemprograman ke dalam folder Canva untuk membolehkan pasukan mereka bentuk dengan lebih pantas, atau mengakses reka bentuk Canva yang telah siap dari mana-mana sahaja dan menerbitkannya dalam apa-apa format. Mulai hari ini, pembangun boleh menyertai senarai tunggu untuk menjadi salah seorang pembangun pertama yang mengakses dalam versi beta lewat tahun ini.

Canva Apps SDK dan Apps API

Hari ini, Canva mengalihkan SDK daripada beta untuk membolehkan lebih banyak pembangun dan platform mencipta Aplikasi Canva dengan mudah. Kit Permulaan membolehkan pembangun menyediakan dan menjalankan aplikasi pertama mereka dalam beberapa minit, serta mengembangkannya dengan API Canva yang dibina khas. Pembangun kini boleh memperkasakan orang ramai untuk mengambil, menambahkan kandungan, mengedit reka bentuk mereka, mengesahkan pengguna, mengeksport dan menerbitkan serta menyediakan data melalui Aplikasi Canva. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17226

No comments:

Post a Comment