Friday, June 2, 2023

FALCON 40B UAE, MODEL AI YANG BERADA PADA KEDUDUKAN TERATAS DUNIA DARIPADA INSTITUT INOVASI TEKNOLOGI, KINI TANPA ROYALTI




ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Falcon 40B Institut Inovasi Teknologi (TII) , model AI sumber terbuka berskala besar terkemuka UAE, kini tanpa royalti untuk kegunaan komersial dan penyelidikan, sebagai respons kepada permintaan global untuk akses terangkum kepada AI.

Berada pada kedudukan #1 di seluruh dunia dalam carta kedudukan model bahasa besar terbuka (LLM) Hugging Face, Falcon 40B berjaya mengatasi pesaing seperti LLaMA Meta dan StableLM Stability AI. Di bawah lesen perisian Apache 2.0 yang permisif, pengguna akhir Falcon 40B mempunyai akses kepada mana-mana paten yang dilindungi oleh perisian berkenaan. Apache 2.0 memastikan keselamatan dan ketersediaan perisian sumber terbuka yang selamat dan berkuasa, serta mewujudkan model tadbir urus yang berkesan.

Akses tanpa had TII kepada Falcon 40B menegaskan dedikasi institut berkenaan terhadap inovasi teknologi dan perkongsian pengetahuan, memupuk ekosistem kerjasama dan mengukuhkan kedudukan UAE sebagai peneraju AI global. Selain itu, perkara ini mencerminkan komitmen UAE untuk menganjak sempadan dalam membentuk masa depan yang AI memainkan peranan penting dalam memacu perubahan positif.

Penggunaan sumber terbuka Falcon 40B tanpa royalti ini boleh memperkasa entiti sektor awam dan swasta dengan kecekapan seperti permulaan projek lebih pantas, lelaran lebih cepat, proses pembangunan perisian lebih fleksibel, sokongan berteraskan komuniti yang mantap dan pengurusan lesen menjadi lebih mudah.

TII bertujuan memupuk ekosistem kerjasama, inovasi dan perkongsian pengetahuan yang berkembang maju dalam kalangan pembangun, penyelidik dan perniagaan di seluruh dunia. Langkah itu menggalakkan ketelusan, keterangkuman dan kemajuan yang dipercepat dalam AI untuk dunia, membuka kunci pelbagai peluang untuk penggunaan merentasi industri dan sektor.

Dr. Ebtesam Almazrouei, Pengarah, Unit Rentas Pusat AI di TII, berkata: “Pengecualian royalti Falcon 40B menggalakkan kemajuan teknologi terangkum untuk masyarakat yang bersatu padu. Kami komited untuk menggunakan teknologi bagi menyatukan manusia dan menguatkan masa depan dunia kita.”

Untuk maklumat lanjut tentang model AI Falcon 40B sumber terbuka semasa dan pendaftaran, sila kunjungi: FalconLLM.TII.ae.

Untuk kedudukan Falcon 40B, sila kunjungi: https://huggingface.co/spaces/HuggingFaceH4/open_llm_leaderboard

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tii.ae

*Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53410420/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17173

No comments:

Post a Comment