Saturday, June 17, 2023

SCIMED (ASIA), ANAK SYARIKAT JUALAN DAN PENGEDARAN PERKHIDMATAN SAINS HAYAT PHC HOLDINGS CORPORATION, MENJADI ANAK SYARIKAT MILIK PENUH -- PENGAMBILALIHAN MEMPERLUAS PERNIAGAAN PHC GROUP MENYOKONG PENYELIDIK DAN PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN DI ASIA PASIFIK --

TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PHC Holdings Corporation (ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo, Jepun, Presiden, Pengarah Perwakilan dan Ketua Pegawai Eksekutif: Shoji Miyazaki, selepas ini dikenali sebagai PHCHD) mengumumkan bahawa kumpulan itu telah mengambil alih baki 30% kepentingan dalam anak syarikat iaitu SciMed (Asia) Pte. Ltd. (ibu pejabat: Singapura, selepas ini dikenali sebagai SciMed), menjadikan SciMed sebagai anak syarikat milik penuh PHCHD. Sebelum ini, PHCHD memiliki sebanyak 70% kepentingan dalam SciMed. PHC Group, syarikat global yang merangkumi PHCHD dan anak syarikat yang lain, akan menggunakan pengambilalihan ini untuk mengembangkan perniagaan sains hayat kumpulan di seluruh rantau Asia-Pasifik.

SciMed menawarkan produk dan perkhidmatan sains hayat, termasuk penyejuk beku bersuhu ultra-rendah dan inkubator CO2, di Asia Tenggara, India dan Oseania. Sejak tahun 1992, PHC Group dan syarikat terdahulu telah bekerjasama dengan SciMed untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini melalui rangkaian pengedaran SciMed yang luas, kepakaran dalam bidang sains hayat dan keupayaan perkhidmatan syarikat tersebut. Pada bulan Julai 2020, PHCHD meningkatkan kepentingan kumpulan dalam SciMed daripada 14.99% kepada 70%, menukarkan status syarikat tersebut kepada anak syarikat gabungan PHCHD*.

Pasaran bagi kelengkapan sains hayat di rantau Asia-Pasifik dijangkakan akan berkembang dengan ketara, didorong oleh pengembangan serantau dalam industri farmaseutikal dan pembinaan institusi perubatan baharu sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat untuk produk biofarmaseutikal, seperti ubat antibodi dan vaksin. Sebagai anak syarikat milik penuh, SciMed akan dapat meneruskan kerjasama yang lebih mendalam dengan bahagian dan anak syarikat PHC Group yang lain, serta meningkatkan struktur jualan dan pemasaran syarikat tersebut di seluruh Asia Tenggara, India dan Oseania. Ini akan menggalakkan peluang perniagaan baharu yang memenuhi keperluan pelanggan dengan tepat dan mempercepat penciptaan penyelesaian berinovatif yang menyokong penyelidik dan penyedia penjagaan kesihatan menghadapi cabaran dalam pembangunan rawatan lanjutan.

Nobuaki Nakamura, Pegawai Korporat dan Ketua Bersama Domain Diagnostik & Sains Hayat PHCHD, berkata, “Kami teruja untuk mengalu-alukan SciMed sebagai anak syarikat milik penuh kami. Perniagaan kami telah berkembang secara berterusan sejak SciMed menjadi anak syarikat gabungan kami pada tahun 2020. Dalam masa terdekat, SciMed berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi lokasi operasi di Asia bagi perniagaan PHC Group yang lain dan ini akan mengembangkan aktiviti jualan dalam perniagaan sedia ada dan menggalakkan kemasukan berskala penuh ke dalam bidang rawatan lanjutan seperti terapi sel dan gen. PHC Group akan terus memupuk sinergi antara perniagaan global kami dan menyumbang kepada pemerkasaan penyelidik bagi membangunkan terapi lanjutan untuk membantu membina masa depan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”

Gambaran Keseluruhan SciMed
Nama syarikat: SciMed (Asia) Pte. Ltd.
Ibu Pejabat: Singapura
Penubuhan: 1992
Pengarah Urusan: Sachihiko Kataoka
Perniagaan: Jualan dan perkhidmatan kelengkapan dan bahan habis pakai sains hayat
Bilangan pekerja: 75 (setakat 31 Mac 2023)
Bilangan tapak perniagaan: 1

www.phchd.com/global/news/2020/0707

Maklumat Tentang PHC Holdings Corporation

PHC Holdings Corporation (TSE 6523) ialah syarikat penjagaan kesihatan global dengan misi menyumbang kepada kesihatan masyarakat melalui penyelesaian penjagaan kesihatan yang memberikan impak positif dan menambah baik kehidupan orang ramai. Anak syarikat kumpulan itu termasuk PHC Corporation, Ascensia Diabetes Care Holdings AG, Epredia Holdings Ltd., Wemex Corporation dan LSI Medience Corporation. Bersama-sama, syarikat ini membangunkan, menghasilkan, menjual dan menyediakan penyelesaian di seluruh pengurusan berkaitan penyakit diabetes, penyelesaian penjagaan kesihatan, diagnostik dan sains hayat. Gabungan jualan bersih pada Tahun Kewangan (TK) 2022 ialah JPY 356.4 bilion dengan pengedaran produk dan perkhidmatan global di lebih daripada 125 negara dan rantau. PHC Group ialah istilah kolektif yang merujuk kepada PHC Holdings Corporation dan anak syarikat kumpulan itu.
URL: www.phchd.com
 
Maklumat Tentang SciMed (Asia) Pte. Ltd.

SciMed (Asia) Pte. Ltd., yang beribu pejabat di Singapura, ialah pembekal produk dan penyedia perkhidmatan yang telah bertapak dan terkemuka dalam bidang bioperubatan, sains hayat, penjagaan kesihatan, penemuan ubat, farmaseutikal, makmal, ujian industri dan pasaran pertanian. SciMed telah menjadi anak syarikat milik penuh PHC Holding Corporation pada tahun 2023, memajukan jualan dan pemasaran dalam perniagaan sains hayat di seluruh Asia Tenggara, India dan Oseania.
URL: scimed.com.sg/about-scimed

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17227

No comments:

Post a Comment