Monday, June 19, 2023

SENI PERSEMBAHAN PEMANGKIN EKONOMI DAN KERJAYA

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah mengadakan Bicara Tokoh Seni Budaya ‘Seni Persembahan Pemangkin Ekonomi dan Kerjaya’ pada 14 Jun 2023 (Rabu) yang lalu bertempat di Ruang Eksperimental, FiTA UiTM Puncak Perdana Shah Alam, Selangor bermula jam 2.00 petang.

Seramai 400 peserta yang terdiri daripada pelajar Insititut Pelajar Tinggi Awam (IPTA) dan ASWARA telah menyertai program ini. Program yang berkonsepkan bual bicara mengenai pencapaian serta kejayaan tokoh, penggiat seni yang sedang meningkat naik atau tokoh muda serta membicarakan mengenai formula kejayaan serta inovasi tokoh dalam bidang tertentu. Tujuannya adalah bagi memberi penghargaan kepada tokoh yang terpilih untuk mengadakan sesi dialog tentang riwayat kehidupan mereka sebagai anak seni yang berjaya, serta memberi peluang kepada peserta mendekati dan beramah mesra serta berkongsi pengalaman dan kejayaan dengan tokoh tersebut.

Antara panel jemputan yang akan berkongsi pengalaman sempena program ini ialah YBhg Dato' Tamimi Siregar (Tokoh Teater), YBhg Dato' Ramli M.S (Tokoh Muzik) dan YBhg Datin Marion F. D'Cruz (Tokoh Tari). YBhg Prof Madya Dr. Aminah Rhapor, Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM akan menjadi moderator sepanjang sesi tersebut.
 
Program diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan juga YBrs. Profesor Dr Shahanum Md Shah, Penolong Naib Canselor Kolej dan Pengurusan Kreatif UiTM. 
 
“JKKN sentiasa berusaha melahirkan pelapis bagi pemuliharaan seni budaya negara. Paling penting adalah mereka dapat mengetahui seni budaya ini juga adalah pemangkin bagi ekonomi negara dan juga kerjaya mereka”. Kata YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN dalam kenyataannya hari ini.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.

No comments:

Post a Comment