Wednesday, June 28, 2023

SAP FIONEER MELANCARKAN TAWARAN PERBANKAN SME YANG TELAH DISESUAIKAN

 WALLDORF, Jerman, 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- SAP Fioneer, penyedia penyelesaian dan platform perisian perkhidmatan kewangan terkemuka dunia, telah mengumumkan pelancaran Fioneer SME Banking Edition. Penyelesaian ini akan membolehkan bank dan neobank untuk menawarkan keupayaan perbankan dalam pendekatan digital diutamakan dan dipacu data, yang disesuaikan dengan keperluan kewangan perusahaan kecil dan sederhana (SME) - segmen pemasaran yang sejak dahulu diabaikan.


Sektor SME ialah komponen penting dalam ekonomi global, merangkumi 99% perniagaan di UK dan EU serta masing-masing menggaji lebih kurang 16.4 juta dan 84 juta pekerja.* Walaupun mereka menghasilkan sebahagian besar GDP dan tenaga kerja, SME secara asasnya bergelut untuk mendapatkan akses perkhidmatan kewangan yang memenuhi keperluan unik mereka, disebabkan oleh risiko dan kos tertanggap berkaitan yang disifatkan terlalu tinggi.

Fioneer SME Banking Edition mengatasi cabaran ini dengan menghubungkan bank kepada sumber data luaran seperti Open Banking, pendaftaran syarikat berpusat, e-dagang dan data Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), untuk membentuk matlamat yang boleh dilakukan yang nyata sekali dapat membantu SME untuk kekal di hadapan. Ini akan memberikan ketelusan yang jelas kepada SME tentang aliran tunai dan memberikan cerapan kepada bank serta membolehkan penawaran lebih banyak urus niaga yang pelbagai yang bank boleh berikan, contohnya, pilihan pendanaan pintar.

Sebagai penyelesaian menyeluruh unik, Fioneer SME Banking Edition merangkumi keupayaan perkhidmatan depan hingga belakang dan berintegrasi secara lancar dengan mana-mana sistem perbankan. Ini membolehkan bank untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih daripada sekadar produk perbankan tradisional seperti pinjaman dan deposit. Bank akan dapat memperluaskan tawaran mereka dengan perkhidmatan benam dan nasihat kewangan yang lebih kukuh, khusus untuk SME. Penyelesaian ini juga boleh diintegrasikan dengan mudah dan dihubungkan dengan ekosistem melalui API yang diprakonfigurasikan.

Charlie Platt, Pengarah Urusan Bank di SAP Fioneer, mengulas semasa pelancaran: “SME merupakan nadi dalam ekonomi dan penting untuk mereka dapat mengakses perkhidmatan kewangan yang sepatutnya mereka terima. Menerusi SME Banking Edition kami, bank akan dapat mencipta pengalaman perbankan yang berdaya maju, unik dan lebih baik secara komersial untuk SME yang dapat membantu mereka kekal di hadapan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar ini”.

“Pengenalan kepada Fioneer SME Banking Edition kami dapat memperkukuhkan cara bank berinteraksi dengan SME secara ketara. Menggunakan teknologi kami yang telah terbukti, kami memudahkan bank untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada SME dalam landskap ekonomi dinamik. Mengambil inspirasi daripada pasaran B2C, kami memperkasakan bank untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan mereka untuk SME", tambah Dirk Kruse, Ketua Pegawai Eksekutif SAP Fioneer.

*Anggaran populasi perniagaan untuk UK dan serantau 2022 (Kerajaan UK)Statista 2022

Perihal SAP Fioneer

SAP Fioneer dilancarkan pada tahun 2021 sebagai usaha sama antara peneraju teknologi global SAP dan pelabur keusahawanan Dediq untuk menjadi penyedia penyelesaian dan platform perisian perkhidmatan kewangan terkemuka dunia. Dengan ekosistem rakan kongsi yang meluas, lebih daripada 800 pelanggan perkhidmatan kewangan dan lebih daripada 1,000 pekerja, SAP Fioneer ialah perniagaan global yang telah bertapak di 17 negara merentas Eropah, Amerika Utara dan Latin, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Dengan menggabungkan kelajuan dan ketangkasan syarikat permulaan dengan keupayaan syarikat perisian terbaik dalam kelasnya yang telah terbukti, SAP Fioneer membolehkan bank, syarikat insurans dan para pencabar untuk menjalankan, mengubah dan berkembang sementara memenuhi keperluan mereka untuk kelajuan, kebolehskalaan dan kecekapan kos menerusi pembaharuan perniagaan digital, teknologi awan dan penyelesaian yang merangkumi proses perbankan dan insurans secara menyeluruh.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sapfioneer.com. Ikuti SAP Fioneer di Twitter dan di LinkedIn.

Pertanyaan media:
press@sapfioneer.com 
 
Sumber: SAP Fioneer

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment