Friday, June 2, 2023

SYARIKAT KEJURUTERAAN GLOBAL, JGC HOLDINGS TELAH MEMILIH BOOMI UNTUK MEMODENKAN SISTEM PERNIAGAAN MEREKA




Platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) Boomi yang memenangi anugerah telah dipilih atas rekod prestasi pelaksanaan global dan kebolehan untuk menghubungkan pelbagai platform dengan lancar


TOKYO & CHESTERBROOK, Pa., 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, sebuah syarikat peneraju keterhubungan dan automasi pintar telah mengumumkan bahawa JGC Holdings Corporation (“JGC”), sebuah syarikat kejuruteraan global telah memilih Platform Boomi untuk memodenkan infrastruktur IT dan menyokong transformasi digital syarikat mereka pada hari ini.

Berpusat di Yokohoma, Jepun, syarikat JGC telah mengendalikan perniagaan merentasi pelbagai rantau di seluruh dunia dan memerlukan sebuah seni bina IT hub-dan spoke untuk menghubungkan pelbagai aplikasi dan platform mereka dengan lancar. Memandangkan pembangunan sistem baharu melibatkan proses yang rumit, maka JGC telah mengambil pendekatan berfasa untuk menggabungkan perisian mereka sebagai platform perkhidmatan (SaaS), seperti platform Coupa dan ServiceNow. Skala projek tersebut yang melibatkan penyambungan pelbagai antara muka, sistem dan platform telah mendatangkan kos yang meningkat. JGC telah menghubungi Institut Penyelidikan Nomura (NRI) bagi mendapatkan saranan vendor yang bereputasi baik dengan rekod prestasi kukuh dan pengalaman dalam menghubungkan pelbagai platform serta meringkaskan projek-projek yang rumit.

“Boomi merupakan salah sebuah vendor daripada empat vendor dalam proses pemilihan yang memiliki pengalaman luas dalam menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pelanggan di sepanjang perjalanan transformasi digital mereka,” kata Encik Atsuo Honiden, Pengurus Kumpulan, Kumpulan Pemerolehan DX, Jabatan Penghantaran Projek Digital, JGC. “Dari aspek teknologi dan keberkesanan kos, Boomi ialah calon yang paling sesuai. Selain itu, penyelesaian Boomi adalah sejajar dengan visi kami untuk menyepadukan banyak sistem secara beransur-ansur bagi mencapai seni bina hub-dan spoke."

"Boomi mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam pengerahan global dan menyediakan penyelesaian yang berkesan dari segi kos untuk projek pemerolehan Syarikat JGC," kata Encik Akira Matsumoto, Pengarah Urusan Syarikat Kanan, Pengurus Bahagian, Bahagian Platform DX, Institut Penyelidikan Nomura, Ltd. "Pelbagai penyambung Boomi telah membolehkan kami mengimplementasikan seni bina hub-dan spoke dengan berkesan lalu menghubungkan berbilang sistem secara berfasa."

“Boomi ialah syarikat penyepaduan bebas natif awan yang paling besar di dunia dengan pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan. Kami menghubungkan semua orang kepada segala-galanya dan kami berbangga kerana berjaya menghubungkan lebih daripada 200,000 titik hujung unik, membantu pelanggan kami seperti JGC untuk membuat pembaharuan dalam perniagaan mereka dengan cepat dan cekap," kata Kazunori Hori, Pengarah Boomi di Jepun.

Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti dengan lebih daripada 100,000 ahli yang semakin berkembang dan merupakan salah sebuah tata susunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) dalam ruang iPaaS. Syarikat tersebut mempunyai rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan kongsi, yang merangkumi Accenture, Deloitte, SAP, dan Snowflake. Malahan, syarikat tersebut juga telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar di dunia, yang merangkumi Amazon Web Services, Google dan Microsoft di kalangan rakan kongsi mereka.

Disertakan pada Deloitte Technology Fast 500™ dan senarai Inc. 5000 sebagai salah satu syarikat teknologi yang paling pesat berkembang dan paling inovatif di Amerika, Boomi juga telah memenangi tiga Anugerah Stevie® Antarabangsa, untuk Syarikat Terbaik (selama dua tahun berturut-turut) dan Inovasi ProdukAntarabangsa, Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022 dan menerima Penarafan 5 bintang yang berprestij dalam Panduan Program Rakan Kongsi CRN selama dua tahun berturut-turut.

Sumber Tambahan
• Ketahui lebih lanjut tentang Kepimpinan Boomi dalam penyepaduan awan
• Layari penyelesaian di Boomi Discover
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi di TwitterLinkedInFacebook, dan YouTube

Tentang Boomi

Boomi berhasrat untuk menambah baik dunia ini dengan menghubungkan semua orang kepada segala-galanya, di mana-mana sahaja. Boomi yang merupakan perintis platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini sebuah syarikat perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global dan terkemuka dalam kategori mereka, menggembar-gemburkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform penyepaduan dan rangkaian di seluruh dunia yang merangkumi kira-kira 800 rakan kongsi – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global telah beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemukan, mengurus dan mengatur data sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17176

No comments:

Post a Comment