Monday, June 19, 2023

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) TERIMA PENSIJILAN ISO 37001:2016 SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dianugerahkan pensijilan ISO 37001:2016, Sistem Pengurusan Anti-Rasuah atau Anti-Bribery Management Systems (ABMS) yang berkuat kuasa pada 14 Jun 2023.

Pensijilan tersebut telah dianugerahkan oleh SIRIM QAS International sekaligus membuktikan piawaian tadbir urus yang baik oleh SPNB sebagai sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen bin Isnin, pensijilan ini membuktikan komitmen SPNB dalam menyediakan perkhidmatan yang berintegriti yang boleh dipercayai oleh pelanggan.
 
“Pengiktirafan oleh SIRIM QAS ini turut mencerminkan tekad SPNB dalam mempertahankan prinsip syarikat utuk memerangi rasuah dalam semua aktiviti dan operasi berasaskan nilai integriti dan akauntabiliti yang tinggi, di samping menimbulkan keyakinan dan kepercayaan daripada pelanggan kami”
 
“Sebagai peneraju penyedia rumah mampu milik yang berkualiti dan berdayahuni, SPNB turut mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap semua bentuk rasuah dan pensijilan ini merupakan bukti kepimpinan kami dalam bidang ini.” Tambah beliau lagi

ISO 37001:2016 ABMS merupakan satu sistem yang dibangunkan berasaskan risiko atau potensi rasuah di mana ABMS akan membantu mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap risiko rasuah secara proses integrasi di dalam pelaksanaan tadbir urus sesebuah organisasi.

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) TERIMA PENSIJILAN ISO 37001:2016 SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH

No comments:

Post a Comment