Thursday, June 8, 2023

HILLSTONE NETWORKS DINAMAKAN SEBAGAI PILIHAN PENGGUNA DALAM SUARA PELANGGAN UNTUK TEMBOK KESELAMATAN RANGKAIAN GARTNER PEER INSIGHTS™ 2023




Hillstone Networks dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan untuk Tembok Keselamatan Rangkaian untuk tahun ke-4 berturut-turut selain dinamakan sebagai Pemain Kuat dalam Suara Pelanggan untuk Pengesanan dan Tindak Balas Rangkaian 2023


SANTA CLARA, California, 8 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah peneraju pembekal penyelesaian keselamatan siber, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah dimasukkan dalam dua laporan “Suara Pelanggan” Gartner Peer Insights. Hillstone telah diakui sebagai vendor Pilihan Pelanggan untuk Tembok Keselamatan Rangkaian dan dinamakan sebagai Pemain Kuat untuk penyelesaian Pengesanan dan Resolusi Rangkaian (NDR) yang baru dikeluarkannya. Penghormatan Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights adalah berdasarkan maklum balas sukarela dan sah serta penilaian daripada profesional pengguna akhir yang mempunyai pengalaman membeli, melaksanakan atau menggunakan produk atau perkhidmatan.

“Pelanggan telah bersuara dan mengakui komitmen tidak berbelah bahagi kami untuk menyediakan penyelesaian bersepadu keselamatan siber yang telah memberi liputan, kawalan dan penggabungan dengan berkesan kepada lebih 26,000 rakan setara mereka di seluruh dunia, dalam landskap keselamatan siber yang dinamik dan mencabar,” kata Tim Liu, pengasas bersama & Ketua Pegawai Teknikal Hillstone Networks. “Kami akan terus menginovasi dan menolak sempadan keselamatan siber untuk melindungi aset kritikal pelanggan kami.”

Perkara Utama

Pengesanan dan Resolusi Rangkaian (Network Detection and Resolution, NDR)
  • Hillstone Networks menerima 100% penilaian “kesediaan untuk mengesyorkan” daripada penggunanya, berdasarkan 25 ulasan setakat bulan Mac 2023.
  • 92% daripada pengguna Hillstone yang disoal selidik memberi syarikat itu penilaian 5 daripada 5 bintang.
  • Pengalaman Sokongan Hillstone Networks menerima penilaian 4.9 daripada 5 bintang berdasarkan 25 ulasan.
  • Keupayaan Produk Hillstone Networks menerima penilaian 5 daripada 5 bintang berdasarkan 24 ulasan.
Tembok Keselamatan Rangkaian:
  • Hillstone Networks menerima 99% penilaian “kesediaan untuk mengesyorkan” daripada penggunanya, berdasarkan 107 ulasan setakat bulan Mac 2023.
  • 84% daripada pengguna Hillstone yang disoal selidik memberi syarikat itu penilaian 5 daripada 5 bintang.
  • Pengalaman Sokongan Hillstone Networks menerima penilaian 4.9 daripada 5 bintang berdasarkan 102 ulasan.
  • Keupayaan Produk Hillstone Networks menerima penilaian 4.9 daripada 5 bintang berdasarkan 101 ulasan.
Gartner, Suara Pelanggan untuk Tembok Keselamatan Rangkaian:, Penyumbang Rakan Setara, 31 Mei 2023
Gartner, Suara Pelanggan untuk Pengesanan dan Tindak Balas Rangkaian, Penyumbang Rakan Setara, 29 Mei 2023.

Perihal Gartner Peer Insights™

Gartner and Peer Insights adalah tanda dagangan Gartner, Inc, dan/atau ahli gabungannya. Hak cipta terpelihara. Kandungan Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat individu pengguna akhir berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan tidak boleh ditafsirkan sebagai fakta kenyataan, dan ia tidak mewakili pandangan Gartner atau ahli gabungannya. Gartner tidak menyokong mana-mana vendor produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam kandungan ini dan tidak membuat apa-apa jaminan, secara jelas atau tersirat tentang kandungan ini, tentang ketepatan atau kelengkapannya, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Perihal Hillstone Networks

Pendekatan Keselamatan Siber Bersepadu Hillstone Networks memberi liputan, kawalan dan penggabungan untuk menjamin keselamatan transformasi digital untuk lebih 26,000 perusahaan di serata dunia. Ketahui lebih lanjut di www.hillstonenet.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Untuk Dihubungi

Zeyao Hu
+1 4085086750
inquiry@hillstonenet.com
 
Sumber: Hillstone Networks

No comments:

Post a Comment