Monday, August 28, 2017

242 CAWANGAN STARBUCKS MALAYSIA SEDIA KEMUDAHAN E-DOMPET ALIPAY

KUALA LUMPUR, 25 Ogos  (Bernama) --  Pelancong dari tanah besar China kini boleh mengunakan kemudahan platform pembayaran e-dompet Alipay dalam yuan di semua 242 cawangan Starbucks di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd berkata pelancong China yang membayar menerusi Alipay juga dapat menikmati diskaun 10 peratus pada 5 yuan (RM1 = 1.56 yuan) dan tawaran minuman percuma pada masa sama, sekali seminggu bagi tempoh antara 18 Ogos dan 31 Okt, 2017.

"Setiap pelanggan akan turut menerima e-baucar potongan 10 peratus bagi kegunaan akan datang, selepas melakukan transaksi pertama," kata kenyataan itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd, Sydney Quays berkata menerusi penerimaan penggunaan Alipay pada April 2017, langkah itu membolehkan pelancong China untuk hanya memaparkan aplikasi mudah alih mereka di kaunter bagi pembelian secawan kopi. 

Berjaya Starbucks Coffee Company merupakan unit milik penuh Berjaya Food Bhd. 

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment