Wednesday, August 2, 2017

RESCALE MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN DI ASIA TENGGARA DENGAN PELANTIKAN ZAC LEOW SEBAGAI PENGARAH, ASIA TENGGARA

SINGAPURA, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rescale, peneraju dunia yang berpangkalan di San Francisco untuk penyelesaian pengiraan besar turnkey, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pejabat mereka di Singapura yang meliputi Asia Tenggara. Pejabat itu akan diuruskan oleh Zac Leow yang membawa pengalaman selama 20 tahun di dalam menguruskan pertumbuhan syarikat permulaan yang berkaitan dengan aplikasi perniagaan dan infrastruktur perkakasan. Beliau mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam membawa penyelesaian baharu ke pasaran tempatan serta pengalaman di dalam aplikasi berskala secara besar-besaran, IoT, aplikasi mudah alih, analisis, keselamatan, dan aplikasi PaaS dan SaaS yang dihoskan oleh awan. Singapura telah dengan pantas menjadi hab digital berteknologi tinggi untuk rantau itu, dan Leow akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk menggalakkan penyelesaian terkemuka Rescale kepada pengguna akhir dan profesional IT merentasi pelbagai industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10265

No comments:

Post a Comment