Tuesday, August 1, 2017

KARNIVAL SUKAN RAKYAT KAYM MERIAH

MELAKA, 31 Julai (Bernama) -- Karnival Kenduri dan Sukan Rakyat anjuran Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dengan kerjasama penduduk Kampung Balik Bukit, berlangsung meriah dengan pengisian aktiviti seperti permainan sukan tradisi dan gotong royong menyediakan lauk pauk kampung.

Kemesraan dan semangat kekeluargaan seramai 500 pelajar-pelajar baru KAYM bersama penduduk kampung terjalin erat melalui aktiviti melapah daging lembu, mencari kayu api, dan ubi kayu dengan menaiki kereta lembu, selain memasak bersama-sama.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10261


No comments:

Post a Comment