Wednesday, August 2, 2017

INVIVOSCRIBE® MENGELUARKAN ASAI MUTASI CDX FLT3 LEUKOSTRAT® SEBAGAI KIT ASAI IVD BERTANDA CE

SAN DIEGO, 2 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe® Technologies Inc., sebuah syarikat global yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam menyediakan penyelesaian ujian kognitif dan biopenanda untuk bidang onkologi dan ubat molekul yang diperibadikan, hari ini mengumumkan pelancaran versi IVD bertanda CE daripada Asai Mutasi CDx FLT3  LeukoStrat®  pada awal tahun ini telah diluluskan oleh FDA1.

Asai ini mengenal pasti mutasi duplikasi tandem dalaman (ITD) dan mutasi tyrosina kinase domain (TKD), dan mengenal pasti mutasi ITD yang lebih besar, yang tidak dapat dikenal pasti oleh banyak asai berasaskan NGS semasa. Kit ini termasuk perisian bertanda CE yang menafsirkan data, menghasilkan nisbah isyarat mutan/jenis liar untuk mutasi ITD dan TKD, dan meramalkan tindak balas kepada midostaurin.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10267




No comments:

Post a Comment