Friday, August 18, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN BENGKEL GUBAHAN BUNGA "IKEBANA"


Dibimbing oleh Artis Hiroki Maeno bagi Tetamu Luar Negara

TOKYO, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, memulakan kelas-kelas khas selama 45 minit untuk mengajar tetamu luar negara mengenai gubahan bunga "Ikebana" yang akan diadakan pada hari Khamis dua minggu sekali bermula dari Ogos di sebuah bilik khas dengan kadar bayaran JPY3,000 bagi setiap peserta. Bimbingan dan komentar akan disediakan oleh artis gubahan bunga yang terkenal Hiroki Maeno.

Artis gubahan bunga Hiroki Maeno telah membuat gubahan bunga khas dan unik untuk dipamerkan di lobi utama hotel kami dengan setiap perubahan musim, empat kali setahun. Gubahan bunga terbaharu beliau akan berukuran 2.7 meter lebar dengan ketinggian 5 meter dan dibuat daripada buluh, tumbuh-tumbuhan hijau dan enkianthus putih, yang merupakan simbol kedinginan di Jepun, untuk memberikan kelegaan estetik daripada musim panas. Gubahan ini akan dipamerkan dari 4 hingga 18 Ogos, 2017 bagi dinikmati oleh semua tetamu hotel. Keio Plaza Hotel telah menawarkan “bengkel gubahan bunga Ikebana” kepada tetamu yang menginap di hotel kami secara ad hoc sehingga kini, tetapi sebagai respons kepada permintaan yang tinggi, kami akan mula menawarkan bengkel ini secara tetap dan kepada khalayak yang lebih luas yang termasuk pelawat yang tidak menginap di Hotel kami.  

No comments:

Post a Comment