Wednesday, August 9, 2017

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MELANCARKAN SSD PELANGGAN SATA DENGAN MENGGUNAKAN MEMORI FLASH 3D, 64 LAPISAN

TOKYO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan pelancaran siri SG6, satu barisan baharu SSD pelanggan SATA yang menggunakan BiCS FLASH™ 64 lapisan, 3 bit bagi setiap sel (TLC) keluaran Toshiba Memory Corporation. Penghantaran sampel kepada pelanggan PC OEM bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran bermula dari suku kalendar keempat tahun ini.
 
SSD siri SG6 yang baharu itu mempunyai sebuah antara muka SATA 3.3, 6.0Gbit yang Dibaik Rapi, dan menyampaikan prestasi sehingga 550MB bacaan berurutan dan menulis[1] berurutan 535MB. Berikutan peningkatan kepada pengurusan dan prestasi memori flash, penggunaan kuasa aktif dikurangkan kira-kira 40% berbanding dengan produk[2] generasi sebelumnya. Peningkatan ini boleh memanjangkan jangka hayat bateri, satu kelebihan bagi kebanyakan aplikasi termasuk pengkomputeran mudah alih.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10286

No comments:

Post a Comment