Tuesday, August 1, 2017

INTERBRAND MENGELUARKAN BUAT PERTAMA KALINYA PENYELIDIKAN JENAMA-JENAMA TERBAIK ASIA: MELIBATKAN DIRI UNTUK BERKEMBANG

Pandangan yang diambil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Interbrand merentasi rantau Asia Pasifik


SINGAPORE, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Buat
pertama kalinya, Interbrand telah menjalankan satu analisis yang
menyeluruh mengenai jenama-jenama terbaik di Asia. Kajian 2017 itu
mengumpulkan pandangan dari Jenama Terbaik Jepun, Jenama Terbaik China,
Jenama Terbaik Korea dan Jenama Terbaik India, sambil memperincikan
bagaimana jenama-jenama berkembang di Australia dan juga pasaran di Asia
Tenggara.

Kajian itu menunjukkan kepada pertumbuhan bagi setiap
pasaran utama Asia, seperti yang ditentukan oleh data Interbrand yang
dijalankan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Analisis dan penyelidikan
menonjolkan bahawa kita telah memasuki satu tempoh yang mempercepatkan
perubahan, atau satu era baharu. Satu tema yang lebih penting yang telah
muncul: tingkah laku pengguna yang berubah, pendigitan dan bagaimana
jenama bertindak balas, atau tidak bertindak balas terhadap perubahan
ini.

Dalam gambaran keseluruhan, Ketua Pegawai Eksekutif
Interbrand bagi Asia Pasifik, Stuart Green, menyatakan bahawa disebabkan
oleh perkembangan pesat teknologi dan perubahan demografi, jangkaan
pelanggan berubah, dan menangani peluang-peluang untuk jenama-jenama
Asia bergerak ke hadapan.

Menyatakan bahawa, "Setiap pasaran di
rantau Asia mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjalankan
perniagaan dan ciri-ciri kebudayaannya sendiri yang unik. Jenama-jenama
di Asia akan menang dan melibatkan diri lebih baik dengan pelanggan jika
mereka menggunakan data besar dengan satu cara yang lebih bermakna."

Green
percaya bahawa syarikat-syarikat teknologi kebanyakannya sedang
memimpin cara dalam perkara ini dengan memanfaatkan peranti teknologi
dalam cara yang berkaitan dengan pengguna, untuk mendorong pilihan,
kesetiaan, dan akhirnya prestasi perniagaan yang lebih baik.

Kajian
itu juga menonjolkan pandangan daripada temu ramah dengan
pemimpin-pemimpin utama perniagaan dari beberapa jenama paling berjaya
di Asia, seperti Rakuten, KIA, Telstra dan Aviva.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Asia dan bagaimana setiap rantau sedang memecut, sila lihat di sini.

Maklumat mengenai Interbrand

Di
Interbrand, kami percaya bahawa pertumbuhan dicapai apabila sesebuah
organisasi mempunyai satu strategi yang jelas dan menyampaikan
pengalaman pelanggan yang luar biasa. Kami melakukan kedua-duanya,
melalui gabungan strategi, kreativiti, dan teknologi yang membantu
memacukan pertumbuhan untuk jenama dan perniagaan pelanggan kami. Dengan
sebuah rangkaian terdiri daripada 24 pejabat di 17 buah negara,
Interbrand adalah sebuah perundingan jenama global, dan penerbit bagi
laporan tahunan yang sangat berpengaruh Jenama-jenama Terbaik Dunia  dan Jenama-jenama yang Berjaya, dan pemenang Anugerah Webby brandchannel.
Interbrand adalah sebahagian daripada rangkaian agensi Omnicom Group
Inc. (NYSE: OMC). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami, atau ikuti
Interbrand di LinkedInTwitter dan Facebook.

Hubungi
Interbrand
Alyssa Carfi, +1-212-798-7547
+1-973-897-6264
Perhubungan Awam Kanan Bersekutu
alyssa.carfi@interbrand.com

Sumber: Interbrand




INTERBRAND MENGELUARKAN BUAT PERTAMA KALINYA PENYELIDIKAN JENAMA-JENAMA TERBAIK ASIA: MELIBATKAN DIRI UNTUK BERKEMBANG

No comments:

Post a Comment