Friday, August 4, 2017

​"AIR JERNIH DAN GUNUNG YANG SUBUR ADALAH ASET YANG TIDAK TERNILAI" ADALAH MATLAMAT MUTLAK KITA: WANG WENBIAO


BEIJING, China, 3 Ogos (Bernama) -- 
 
Forum Gurun Antarabangsa Kubuqi yang keenam berakhir pada 30 Julai. Berikut adalah teks penuh ucapan penutupan oleh Wang Wenbiao, setiausaha bagi forum dan pengerusi lembaga bagi Kumpulan Elion Resources.

Forum Gurun Antarabangsa Kubuqi yang keenam adalah satu peristiwa penting yang menghubungkan masa lampau dan masa hadapan dan adalah satu pertemuan yang bersejarah di dalam kemajuan manusia dalam kawalan penggurunan.

Satu perkara yang menyentuh perasaan adalah bahawa Presiden Xi Jinping telah mengutus sepucuk surat ucapan tahniah kepada kita, yang mengakui pencapaian China di dalam kawalan penggurunan dan membina sebuah Belt and Road yang hijau. Beliau juga menggalakkan rakyat China dan pejuang penggurunan global untuk membuat sumbangan baharu. Presiden Xi mengiktiraf amalan-amalan Kubuqi yang berjaya di dalam kemajuan ekologi dan mencadangkan keperluan, matlamat dan misi baharu untuk kawalan penggurunan di China dan di seluruh dunia.

Kita perlu memperincikan kandungan surat itu dan memberi respons kepada gesaan Presiden Xi. Dengan mengambil kira harapan beliau, kita harus menjadikan "air yang jernih dan pergunungan yang subur sebagai aset yang tidak ternilai" sebagai usaha kita yang berkekalan. Kami akan tetap komited kepada misi kami, bekerja keras dan terus melangkah maju untuk menjadikan Gurun Kubuqi dan gurun-gurun di tempat lain di seluruh dunia lebih hijau dan menjadikan penduduk tempatan lebih kaya.

Ini adalah satu forum yang produktif.

Pertama sekali, Presiden Xi mengakui peranan dan pengaruh Forum Gurun Kubuqi yang telah diadakan selama 10 tahun. Beliau menjelaskan arah haluan, misi dan matlamat untuk kawalan penggurunan di China dan di tempat lain di seluruh dunia serta menganjurkan forum itu dengan lebih baik.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10270

No comments:

Post a Comment