Wednesday, August 9, 2017

​SIGMA SYSTEMS MELANTIK SIMO JOVOVIC SEBAGAI KETUA BAHAGIAN JUALAN ANZ

TORONTO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, telah mengukuhkan pasukan jualan global mereka dengan pelantikan Simo Jovovic sebagai Ketua Bahagian Jualan ANZ.
 
Simo menyertai Sigma Systems dari Hansen Technologies, Melbourne di mana beliau merupakan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Global. Beliau sebelum itu bekerja dengan Amdocs, Convergys, Redknee dan CSG International.
 
Bercakap mengenai pelantikan beliau, Simon Muderack, Ketua Pegawai Komersial dan Naib Presiden Eksekutif di Sigma Systems berkata: "Perniagaan Sigma sedang berkembang di peringkat global, membina momentum tertentu di pasaran Australia dan New Zealand dengan kejayaan mereka baru-baru ini sebagai pelanggan Peringkat 1 yang baharu di rantau itu. Simo mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri telekomunikasi B/OSS dan akan menjadi penggerak penting di dalam pertumbuhan berterusan Sigma di Australasia."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10287

No comments:

Post a Comment