Friday, August 11, 2017

SKY9 CAPITAL MENGUMUMKAN PENYERTAAN CHAY, TEH, XU DAN ZENG DALAM LEMBAGA PENASIHATNYA

HONG KONG, 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sky9 Capital, firma modal usaha niaga terkemuka China, mengumumkan bahawa veteran industri China KS Chay, Dr. Kok Peng Teh, Bob Xu dan Jason Zeng telah menyertai Lembaga Penasihat firmanya untuk memberikan nasihat strategik dan memelihara perkongsian jangka panjang.
 
KS Chay adalah Pengasas dan Pengerusi Enspire Capital dan sebelumnya beliau merupakan pengasas bersama syarikat Creative Technology Ltd (SGX:C76) iaitu syarikat Singapura pertama yang disenaraikan dalam syarikat teknologi Nasdaq. Dr. Kok Peng Teh ialah Penasihat Kanan dan Ahli Lembaga China International Capital Corporation. Beliau juga ialah bekas Presiden bagi Singapore Special Investments (GIC) bagi Kerajaan Singapura selama lebih satu dekad sehingga 2011. Encik Bob Xu ialah pengasas bersama New Oriental Education & Technology Group (NYSE:EDU), penyedia pendidikan swasta terbesar di China dan salah seorang pelabur paling berjaya yang telah menubuhkan ZhenFund pada tahun 2010. Encik Jason Zeng pengasas bersama syarikat Tencent Holdings Ltd (HK:0700) dan sekarang merupakan Pengerusi bagi firma pelaburan Decent Capital.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10297

No comments:

Post a Comment