Wednesday, August 9, 2017

QUANTOPIAN MEMBAWA QUANTCON KEMBALI KE SINGAPURA 28-30 SEPTEMBER

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quantopian, platform dalam talian percuma yang menyediakan pendidikan dan peranti untuk mencipta strategi pelaburan kuantitatif baharu, akan mengadakan persidangan tahunan QuantCon Singapura mereka yang kedua dari 28 hingga 30 September.

Acara tiga hari itu akan memberi tumpuan kepada perdagangan dan rundingan ciri-ciri algoritma oleh pakar-pakar terkemuka di dalam pelaburan kuantitatif daripada firma-firma pengurusan aset, syarikat-syarikat teknologi, bank-bank pelaburan, dan pakar-pakar akademik.

Ucapan dasar bagi acara tersebut akan disampaikan oleh Yi Li, pengurus portfolio untuk Systematic Investment Group GIC.

Penceramah lain termasuk: Josh Holcroft, Ketua bagi Penyelidikan Kuantitatif, Asia, di UBS Investment Bank; Juan Cheng, saintis data di InfoTrie; Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Pelaburan di Rayliant Global Advisors; Dr. Haksun Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di NM Ltd., sebuah syarikat penyelidikan perdagangan algoritma dan perunding matematik; dan Rob Carver, Peniaga Niaga Hadapan Sistematik Bebas, Penulis dan Perunding Penyelidikan.

"Kami amat berbesar hati kerana mempunyai sebuah kumpulan pemimpin terkemuka yang mengambil bahagian di dalam QuantCon Singapura pada tahun ini," kata John Fawcett, Ketua Pegawai Eksekutif Quantopian. "QuantCon menghimpunkan orang pintar dan membantu mereka mengembangkan strategi-strategi pelaburan yang berinovatif."

Acara tiga hari itu, yang diadakan di Hotel Grand Copthorne Waterfront di Singapura, akan dibuka dengan bengkel amali satu hari mengenai perdagangan algoritma, perdagangan niaga hadapan, dan pelaburan kuantitatif. Hari kedua akan diadakan ceramah dan tutorial mengenai strategi perdagangan, set data alternatif, dan pembelajaran mesin. Persidangan itu diakhiri dengan hackaton berpusatkan data – memberikan kepada para peserta dengan peluang untuk menempatkan strategi perdagangan mereka untuk diuji.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Quantopian telah membina sebuah komuniti yang pesat berkembang yang terdiri daripada lebih 140,000 orang yang menggunakan platform itu untuk mendidik diri mereka mengenai pelaburan kuantitatif, mewujud dan menguji algoritma pelaburan.

Quantopian melesenkan strategi-strategi pelaburan penggunanya yang terbaik sebagai sebahagian daripada perniagaan pengurusan pelaburan syarikat itu. Penulis-penulis di mana algoritma mereka sedang dilesenkan datang dari seluruh pelusuk dunia, termasuk China, India dan Australia.

Untuk melihat senarai lengkap penceramah atau untuk mendaftar bagi kesemua atau sebahagian daripada QuantCon, sila layari https://quantconsingapore2017.splashthat.com/.

Maklumat mengenai Quantopian

Orang ramai di merata tempat menyelesaikan cabaran-cabaran pelaburan yang paling sukar pada hari ini dengan menggunakan Quantopian.

Quantopian mendidik individu dengan ceramah, tutorial, data, peranti, dan komuniti dalam talian mereka - kesemuanya secara percuma. Ahli-ahli dari semua latar belakang belajar dengan menyelidik dan mewujudkan strategi-strategi pelaburan.

Quantopian menawarkan perjanjian-perjanjian berlesen untuk strategi yang sesuai dengan strategi pelaburan mereka, dan penulis-penulis pelesenan dibayar 10% daripada keuntungan bersih strategi itu, berdasarkan kepada prestasi individu strategi mereka. Syarikat itu telah menerima hampir $50 juta di dalam pelaburan ekuiti, termasuk sebuah dana Siri C yang ditutup pada penghujung tahun lalu dan diketuai oleh Andreessen Horowitz.

Komuniti Quantopian hampir mencapai dua kali ganda sejak empat tahun yang lalu, kini dengan lebih 140,000 ahli, termasuk profesional kewangan, saintis, pemaju, dan pelajar dari 180 buah negara. Ahli-ahli  bekerjasama secara dalam talian dan secara peribadi pada pertemuan, bengkel serantau, dan acara-acara kemegahan QuantCon Quantopian di New York dan Singapura. Sehingga kini, lebih enam juta simulasi telah dijalankan pada platform Quantopian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Quantopian.com.

Hubungi
Quantopian
Kelly Elmstrom, 617-767-6880
kelmstrom@quantopian.com

Sumber: Quantopian

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20170807006117/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment