Ceruzzi pada masa
ini Membina Menara Kediaman dan Kedai setinggi 72 Tingkat yang Direka
oleh Pelli Clarke Pelli Architects; MRC Menyampaikan Pemodalan Hutang
Penuh untuk Menyiapkan Projek
NEW YORK, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ceruzzi
Properties (Ceruzzi) dan Madison Realty Capital (MRC) mengumumkan
pemeteraian sebuah pinjaman pembinaan $300 juta untuk menyiapkan sebuah
pembangunan bercampur utama di 138 East 50th Street di
kawasan Midtown East Manhattan. MRC, sebuah firma pelaburan hartanah
yang disokong institusi yang memberi tumpuan kepada ekuiti hartanah dan
pelaburan hutang di pasaran pertengahan, menyediakan pinjaman bagi
projek itu, di mana Ceruzzi sedang membangunkannya dengan kerjasama SMI
USA (SMI). Pembangunan itu terdiri daripada menara setinggi 803 kaki, 72
tingkat, dengan muka bangunan direka bentuk oleh Pelli Clarke Pelli
Architects, yang mengandungi 124 unit kondominium kediaman mewah, 7,500
kaki persegi ruang kedai pada dan di bawah gred, dan 25 ruang garaj
letak kereta.
"Madison Realty Capital begitu mudah dan
menyeronokkan untuk melengkapkan urus niaga ini," kata Lou Ceruzzi,
Pengasas dan Presiden bagi Ceruzzi Properties. "Pelaksanaan perjanjian
itu berjalan mudah, cekap, dan lancar. Kami tidak sabar-sabar untuk
meneruskan perhubungan kami dengan MRC dan urus niaga tambahan kerana
kami melihat ke arah masa hadapan."
"MRC adalah rakan pinjaman
yang ideal untuk pembangunan berprofil tinggi ini, yang melengkapkan
pasukan projek yang berkualiti yang telah kami kumpulkan," kata Tom Tao,
Presiden SMI.
"Urus niaga ini menyerlahkan status MRC sebagai
satu daripada penyedia penyelesaian pembiayaan sumber tunggal yang
sangat sedikit bagi penaja peringkat tinggi seperti Ceruzzi Properties
dan rakan kongsi mereka," kata Josh Zegen, Pengasas Bersama dan
Prinsipal Urusan di MRC. "Pada masa apabila banyak pemaju perlu menarik
pelbagai sumber modal untuk membolehkan urus niaga itu dilaksanakan,
kami menawarkan perbelanjaan sehenti dan satu proses yang lebih cekap.
Itu adalah anjuran yang menarik bagi kebanyakan pelanggan kami, dan
untuk alasan itu kami sering dicari sebagai sebuah rakan pinjaman."
Pembinaan
sedang pesat berjalan di tapak itu dan superstruktur konkrit telah
sampai ke tingkat 40, dengan puncak paling tinggi dijangka dicapai pada
November ini. Kondominium tersebut dijadualkan siap pada akhir tahun
2018. Pelli Clarke Pelli Architects telah mereka bentuk muka bangunan,
dan SLCE Architects adalah arkitek rekod iaitu arkitek di mana namanya
terdapat pada permit bangunan yang dikeluarkan untuk projek berkenaan.
AECOM Tishman bertindak sebagai kontraktor am.
Ceruzzi Properties
merancang untuk menawarkan gabungan unit yang efisien yang terdiri
daripada satu hingga lima bilik tidur, yang mencakupi dari 777 kaki
persegi hingga 5,388 kaki persegi, dengan sejumlah kira-kira 200,000
kaki persegi boleh dijual. Reka bentuk dalaman oleh Champalimaud akan
menjadi satu elemen bagi keseluruhan persekitaran mewah hartanah itu.
Bangunan itu akan merangkumi kemudahan mewah termasuk sebuah kolam
renang dalaman dan spa, pusat kecergasan, dan kawasan bekerja yang
dikongsi.
Maklumat mengenai Madison Realty Capital (MRC)
MRC
adalah sebuah firma pelaburan hartanah yang berpangkalan di New York
yang mengusahakan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran
pertengahan. Ditubuhkan pada tahun 2004, MRC telah melabur dalam
kira-kira $6.0 bilion urus niaga di dalam sektor berbilang keluarga,
runcit, pejabat, perindustrian dan perhotelan.
Maklumat mengenai Ceruzzi Holdings LLC
Ceruzzi
Holdings LLC adalah sebuah syarikat perkhidmatan penuh yang
berpangkalan di Bandar Raya New York, yang membangun, memperoleh dan
mengendalikan sebuah portfolio kepelbagaian yang sebahagian besarnya
terdiri daripada hartanah. Ceruzzi memanfaatkan rekod perkhidmatannya
selama lebih 25 tahun dalam urusan pengambilalihan, pembangunan dan
penstrukturan untuk mewujudkan peluang-peluang yang unik yang memberikan
pulangan yang lebih besar. Projek Ceruzzi yang terkini di Bandar Raya
New York termasuk pengambilalihan kedudukan majoriti tanah di bawah
Bangunan Lipstick dan tapak pembangunan yang terletak di 520 Fifth
Avenue. Profesional hartanah di syarikat itu mengkhususkan diri di dalam
pelbagai disiplin, termasuk pembinaan, kelayakan, pajakan, pemasaran,
pengurusan, dan kewangan.
Hubungi
Pertanyaan media, hubungi
Great Ink Communications: 212-741-2977
Tom Nolan – tom@greatink.com
Eric Waters – eric.waters@greatink.com
Sumber: Madison Realty Capital
No comments:
Post a Comment