Thursday, April 13, 2017

CRAWFORD & COMPANY® NAIKKAN PANGKAT KIERAN RIGBY MENJADI PRESIDEN ANTARABANGSA

ATLANTA, 13 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crawford & Company®, iaitu penyedia bebas penyelesaian pengurusan tuntutan kepada syarikat insurans dan entiti swainsurans terbesar di dunia yang tersenarai secara awam, hari ini mengumumkan pelantikan Kieran Rigby sebagai presiden antarabangsa, yang meliputi rantau United Kingdom, Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin.

Rigby merupakan CEO untuk GAB Robins UK sebelum ini sehingga Crawford memperoleh syarikat tersebut pada 2014. Sejak itu, Rigby memegang jawatan CEO Crawford Eropah dan Amerika Latin.  Dalam peranan baharunya, beliau memikul tanggungjawab tambahan untuk rantau Asia Pasifik dan United Kingdom dan beliau akan menjadi ahli pasukan Pengurusan Eksekutif Global Crawford (GEM).

"Saya yakin bahawa Kieran ialah calon yang terbaik untuk jawatan ini," kata Harsha V. Agadi, presiden dan ketua pegawai eksekutif. "Dengan sifatnya yang menggalakkan inovasi dan inspirasi, serta rekod kepimpinan dan kejayaannya yang telah terbukti, saya yakin beliau akan terus memajukan syarikat kami dan membangunkannya untuk masa depan. Saya berharap dapat melihat idea baharu dan fokus yang segar yang akan dibawa oleh beliau ke dalam pasukan kepimpinan Crawford."

Rigby, yang akan berpangkalan di London, akan melapor secara langsung kepada Andrew Robinson, ketua pegawai operasi global dan akan bertanggungjawab untuk membangunkan perniagaan, terus mengukuhkan keupayaan global Crawford dan menyelaraskan semula model operasi syarikat bagi mendapat keberkesanan dan kebolehuntungan yang lebih banyak merentasi perniagaan antarabangsa syarikat.

"Kehadiran global, kekuatan dan keupayaan Crawford adalah tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain dalam pasaran," Robinson berkata. "Kami amat teruja dengan kehadiran Kieran untuk memimpin, membangunkan dan mengukuhkan operasi kami dengan lebih lanjut, serta menggunakan cara yang baharu dan inovatif untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami.  Saya berharap untuk bekerjasama dengan Kieran bagi merealisasikan impian ini."

Pelantikan Rigby adalah berikutan peletakan jawatan Ian V. Muress, CEO antarabangsa, selepas 16 tahun berkhidmat dengan dedikasi dan setia kepada syarikat.

"Kami ingin berterima kasih kepada Ian atas sumbangan yang diberikan oleh beliau kepada perniagaan dan atas komitmen beliau kepada pelanggan kami," kata Agadi.  "Kami mengucapkan semoga beliau berjaya untuk tangga kerjaya beliau yang seterusnya."

"Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang ini," kata Rigby. "Ini merupakan masa yang menakjubkan bagi Crawford & Company. Ia juga merupakan masa untuk memeriksa semua bahagian operasi kami dengan teliti bagi meningkatkan hasil dan kehadiran kami dalam pasaran – iaitu sebuah pasaran yang berubah dengan cepat dan memerlukan inovasi kami yang berterusan."

Sepanjang kerjaya beliau, Rigby telah menjawat jawatan kepimpinan kanan dalam bahagian tuntutan dan penyelarasan kerugian, dan beliau juga aktif dalam industri dengan memegang kelayakan profesional yang cemerlang, termasuk Felow Institut Insurans Berkanun, Pengamal Insurans Berkanun, Felow Institut Berkanun Penyelaras Kerugian dan bekas presiden Pertubuhan Persatuan Penyelarasan Kerugian Eropah.

Mengenai Crawford® 
Berpangkalan di Atlanta, Crawford & Company (NYSE:CRD‐A) (NYSE:CRD‐B) ialah penyedia bebas penyelesaian pengurusan tuntutan kepada syarikat insurans dan entiti swainsurans terbesar di dunia yang tersenarai secara awam dengan rangkaian global yang luas dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara. The Crawford Solution® menawarkan perkhidmatan tuntutan yang menyeluruh dan bersepadu, perkhidmatan penyumberan luaran dan rundingan proses perniagaan untuk barisan produk yang besar termasuk pengurusan tuntutan harta dan kasualti, tuntutan pampasan dan pengurusan perubatan pekerja serta pentadbiran penyelesaian perundangan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.crawfordandcompany.com.

Hubungan Media:
Nancy Hamlet
404.300.1918
nancy.hamlet@us.crawco.com

SUMBER : Crawford & Company

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment