Wednesday, April 19, 2017

RAGINGWIRE DAN NTT COMMUNICATIONS ANJUR SAMBUTAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN DAN PEMOTONGAN REBEN BAGI PUSAT DATA DALLAS TX1



500
pemimpin perniagaan dan pemimpin masyarakat bergembira dengan
pelancaran kemudahan berteknologi tinggi yang besar bagi sistem
pengkomputeran perumahan bagi perusahaan syarikat-syarikat awan



DALLAS, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RagingWire Data Centers, Inc., penyedia pusat data utama
di Amerika Syarikat, dan syarikat induk mereka NTT Communications (NTT
Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam
Kumpulan NTT (TYO: 9432), hari ini telah disertai oleh 500 pemimpin
perniagaan dan pemimpin masyarakat untuk meraikan pembukaan Pusat Data
Dallas TX1, sebuah kemudahan berkeluasan 230,000 kaki persegi yang
direka untuk menempatkan sistem pengkomputeran bagi perusahaan besar dan
syarikat-syarikat awan hiperskala.

Pusat Data TX1 itu direka
untuk memenuhi keperluan bagi perusahaan global, pembekal awan dan
keadaan yang unik di dalam metroplex Dallas-Fort Worth, satu daripada
pasaran pusat data yang utama di Amerika Syarikat:
  • 16 megawatt (MW) kuasa untuk menyokong pengkomputeran berkepadatan tinggi secara besar-besaran
  • Konfigurasi suit peribadi yang fleksibel daripada 1 hingga 5 MW serta sangkar pelbagai rak
  • Sambungan terus kepada pembekal awan utama, termasuk Amazon Web Services, Microsoft Azure, dan Google Cloud Platform
  • Penyambungan gentian kepada hotel pembawa dan lebih daripada 120 pusat data kawasan dan hartanah yang bersambung
  • Pelbagai penyedia telekomunikasi di tapak
  • Keselamatan
    fizikal pelbagai faktor yang meluas, termasuk pagar perimeter,
    pengawasan video, kawalan akses, dan pegawai keselamatan di tapak 24 jam
    sehari, setiap hari
  • Sistem
    penyejukan tidak berair yang sangat berkesan yang memanfaatkan udara
    sejuk yang terdapat di luar dan tidak memberi tekanan kepada bekalan air
    tempatan
  • Ruang pejabat, bilik persidangan dan kemudahan percuma termasuk Wi-Fi, bilik kecergasan dan minuman
  • Direka dan dibina untuk menahan puting beliung EF3 yang berkelajuan 136 bsj
  • Sebahagian
    daripada platform pusat data global NTT Com, yang terdiri daripada
    lebih 140 kemudahan di 19 buah negara di bawah jenama NexcenterTM.

"Pusat
Data Dallas TX1 milik RagingWire yang baharu sudah bersedia di Texas
dan bertaraf dunia," kata Douglas Adams, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif RagingWire. "Kami menjangkakan bahawa TX1 akan menjadi sebuah
hab pusat data kritikal untuk perusahaan besar dan syarikat-syarikat
awan sebagai sebahagian daripada kerahan IT global mereka."

Pembukaan
besar-besaran itu telah memaparkan pemotongan reben laser digital yang
menyeronokkan dan penampilan oleh legenda sukan dan ikon perniagaan
Roger Staubach, pembaca berita yang telah memenangi Anugerah Emmy Shelly
Slater sebagai juruacara, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
RagingWire Douglas Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NTT
Communications Tetsuya Shoji , Pengasas dan Pengerusi Eksekutif
RagingWire George Macricostas, dan eksekutif-eksekutif di Kumpulan NTT
dari seluruh dunia.

"Tahniah kepada RagingWire di atas pembukaan
besar-besaran bagi Pusat Data Dallas TX1," kata Tetsuya Shoji, Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif NTT Communications. "Dengan reka bentuk
mereka yang dipatenkan, 100% tempoh beroperasi, dan operasi yang lebih
tinggi, RagingWire telah menjadi penyelesaian pusat data NTT Com di
Amerika Utara dan sebahagian daripada portfolio pusat data global kami
di bawah jenama Nexcenter."

Pusat Data Dallas TX1, digabungkan
dengan pusat-pusat data di Ashburn, Virginia dan Sacramento, California,
mengembangkan kapasiti pusat data RagingWire kepada 1.5 juta kaki
persegi dan 113 MW kuasa. Di Ashburn, bahagian pasaran pusat data yang
utama di dunia, Pusat Data VA3 yang baharu itu yang sedang di dalam
pembinaan akan menyertai pusat data VA1 dan VA2 untuk sejumlah tapak
melebihi 500,000 kaki persegi ruang dan 44 MW kuasa. Di Sacramento,
sebuah lokasi pusat data yang ideal di California Utara di luar zon
gempa bumi di Kawasan Teluk dan Lembah Silikon, RagingWire mempunyai
680,000 kaki persegi ruang pusat data dan 53 MW kuasa dengan jumlah kos
pemilikan (TCO) yang menambat perhatian yang didasarkan kepada kuasa
berkos rendah yang disediakan oleh Daerah Utiliti Perbandaran Sacramento
(SMUD).

NTT Com mengambilalih 80% kepentingan ekuiti di dalam
RagingWire pada Januari 2014. RagingWire menyertai ahli keluarga NTT Com
seperti Netmagic Solutions Pvt. Ltd di India, Gyron Internet Ltd. dan
perkhidmatan kemudahan e-shelter GmbH di Eropah, dan satu portfolio
pusat data yang meluas di Asia, serta kawasan lain, sebagai sebahagian
daripada sebuah platform pusat data global yang berjumlah kira-kira
empat juta kaki persegi. Pada  Februari 2017, NTT Com mengumumkan hasrat
mereka untuk membeli baki saham RagingWire untuk memperoleh pemilikan
100% ke atas syarikat itu.

Maklumat mengenai RagingWire Data Centers

RagingWire Data Centers mereka bentuk, membina, dan mengendalikan pusat-pusat data misi kritikal
yang menyampaikan ketersediaan 100%, ketumpatan tinggi kuasa,
konfigurasi yang fleksibel, pembawa penyambungan neutral, dan
perkhidmatan pelanggan yang unggul. Syarikat itu mempunyai 97 MW beban
IT kritikal yang bertebaran di 1.5 juta kaki persegi infrastruktur pusat
data di California Utara, Ashburn, Virginia, dan Dallas, Texas, dengan
rancangan pertumbuhan yang signifikan di lokasi-lokasi ini dan pasaran
pusat data yang lain di Amerika Utara. Sebagai sebahagian daripada
kumpulan NTT Communications, RagingWire adalah satu daripada pembekal
pusat data borong yang terbesar di dunia dengan mempunyai rangkaian
global melebihi 140 pusat data yang dikendalikan oleh NTT Communications
di bawah jenama Nexcenter™ dan satu daripada syarikat yang paling kukuh
dari segi kewangan di dalam industri pusat data. Untuk maklumat lanjut
sila layari www.ragingwire.com.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT
Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina,
keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh
infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1
global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang
menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang
dijamin selamat di seluruh dunia. www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51541475&lang=en


Hubungi
RagingWire Data Centers
James Leach, +1-703-840-7721
jleach@ragingwire.com
atau
NTT Communications
Hiroshi Seo, +81-3-6733-9511
wg-cl@ntt.com

Sumber: NTT Communications


RAGINGWIRE DAN NTT COMMUNICATIONS ANJUR SAMBUTAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN DAN PEMOTONGAN REBEN BAGI PUSAT DATA DALLAS TX1

No comments:

Post a Comment