Tuesday, April 4, 2017

​WEX PERLUASKAN PENYELESAIAN PEMBAYARAN MAYA ASIA KE SINGAPURA

SINGAPURA, 4 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WEX Inc.
(NYSE: WEX), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran
korporat, hari ini mengumumkan bahawa ia akan mula mengeluarkan kad
kredit maya di Singapura, sekali gus mengembangkan program mereka di
rantau Asia yang pada masa ini termasuk Hong Kong dan Thailand.

Teknologi
kad kredit maya (VCC) WEX sekali guna ini, menetapkan setiap urus niaga
dengan satu nombor kad yang unik, dan menyediakan kepada
syarikat-syarikat dengan kawalan tambahan untuk keselamatan. Selain itu,
teknologi VCC boleh menyampaikan kecekapan dengan mengurangkan
penyesuaian, pertanyaan dan pemprosesan invois.

"Kami berbangga
kerana telah mencapai kejayaan penting ini untuk menyokong pertumbuhan
produk maya WEX di rantau Asia Pasifik. Singapura merupakan satu pasaran
yang penting bagi kami dan ditambah pula dengan hakikat bahawa ia
adalah sebuah pusat kewangan global, sokongan ini menandakan komitmen
kami kepada rantau itu," kata Jim Pratt, Naib Presiden Kanan dan
Pengurus Besar bagi Pembayaran Maya, WEX Inc.

"Mendapatkan sebuah
lesen pengeluaran di Singapura adalah satu pembuktian ketara mengenai
komitmen kami kepada keupayaan pengeluaran kami yang semakin berkembang
di Asia," kata Pengarah Urusan WEX bagi Asia Pasifik, Jeff Ames dari ibu
pejabat serantau WEX di Singapura. "Tumpuan WEX yang berterusan kepada
menyediakan peningkatan akses kepada pasaran baharu di Asia, dan di
peringkat global, telah meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh dan
membolehkan kami (WEX) untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada
pelanggan kami."

Anak syarikat WEX, WEX Finance Inc., telah
diberikan sebuah lesen pengeluaran oleh Pihak Berkuasa Kewangan
Singapura pada 14 Februari 2017 yang membolehkan ia untuk mengeluarkan
kad kredit dan kad caj di Singapura di bawah Akta Perbankan.

Maklumat mengenai WEX Inc.

WEX
Inc. (NYSE: WEX) adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian
pembayaran korporat. Daripada permulaannya di dalam pembayaran kad
kumpulan bermula pada tahun 1983, WEX telah memperluaskan skop
perniagaan mereka untuk menjadi sebuah pembekal pelbagai saluran bagi
penyelesaian pembayaran korporat yang mewakili lebih 10 juta kenderaan
dan menawarkan keselamatan pembayaran yang luar biasa dan kawalan
merentasi sebuah spektrum sektor perniagaan yang luas. WEX memberikan
perkhidmatan kepada satu set pelanggan dan rakan-rakan global melalui
operasi mereka di seluruh dunia, dengan mempunyai pejabat di Amerika
Syarikat, Australia, New Zealand, Brazil, United Kingdom, Itali,
Perancis, Jerman, Norway, dan Singapura. WEX dan anak syarikatnya
mempunyai lebih 2,500 syarikat bersekutu. Syarikat itu telah didagangkan
secara awam sejak tahun 2005, dan disenaraikan di Bursa Saham New York
di bawah simbol ticker "WEX." Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila
layari www.wexinc.com dan ikut WEX di Twitter di @WEXIncNews.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai WEX Asia, sila layari www.wexasia.com.

Hubungi
WEX Inc.
Hubungan media berita:
Robert Gould, 207-523-7429
Robert.Gould@wexinc.com
atau
WEX Asia Pasifik
Hubungan media berita:
Susan Nicholson, +61 417 061 722
susan.nicholson@wexaustralia.com

Sumber: WEX Inc.




​WEX PERLUASKAN PENYELESAIAN PEMBAYARAN MAYA ASIA KE SINGAPURA

No comments:

Post a Comment