Tuesday, April 11, 2017

KAJI SELIDIK HERBALIFE NUTRITION MENDEDAHKAN KEBIMBANGAN BERIKUTAN KURANGNYA PEMAKANAN SIHAT, PENGHIDRATAN DAN SENAMAN DI KALANGAN ORANG DEWASA

HONG KONG, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat pemakanan global, telah mengeluarkan hasil penemuan daripada Kaji Selidik Pemakanan Seimbang1 Asia Pasifik mereka, yang memberi tumpuan kepada menjelaskan kekeliruan terhadap tabiat pemakanan dan kesihatan, tingkah laku dan sikap pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas. Kaji selidik itu adalah satu elemen daripada Jelajah Kesihatan Asia Pasifik Herbalife ketujuh, yang berusaha untuk memberi inspirasi kepada pengguna bagi mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan mengukuhkan kesannya kepada kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang. Menurut hasil penemuan kaji selidik itu, 71 peratus daripada pengguna makan kurang daripada separuh daripada sajian buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan, lebih separuh tidak minum air yang mencukupi, dan lebih separuh tidak mendapatkan senaman yang mencukupi.

Siaran Berita Pintar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20170405005481/en/ 

Walaupun 55 peratus daripada pengguna percaya bahawa memastikan badan mereka mendapat nutrien yang secukupnya untuk berfungsi secara optimum adalah pendorong paling besar untuk mengamalkan diet yang seimbang, gaya hidup pantas dan moden, membuat ia semakin mencabar untuk menggabungkan tabiat pemakanan yang sihat ke dalam kehidupan seharian.

Kajian itu menunjukkan bahawa 35 peratus daripada mereka yang dikaji selidik mendapati bahawa mempunyai satu pendekatan pemakanan seimbang harian adalah agak mencabar, dengan menyatakan kekurangan masa, motivasi, dan wang, sebagai tiga halangan utama yang menyekat mereka daripada mempunyai satu gaya hidup yang lebih sihat.

Selain itu, hasil kaji selidik tersebut juga mendedahkan perkara berikut:
  • 7 dalam 10 pengguna mendakwa telah mengambil 1 atau 2 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, kurang daripada 5 hidangan sehari yang disyorkan
  • Lebih daripada separuh (57%) minum kurang daripada 8 gelas air/cecair yang disyorkan sehari
  • Lebih separuh (54%) mencapai kurang daripada 1 jam aktiviti fizikal setiap hari, dengan 11% tidak mempunyai aktiviti fizikal sama sekali
  • 3 motivasi utama untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah nutrien yang mencukupi untuk berfungsi secara optimum (55%), untuk mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dan komplikasi (39%) dan untuk mengekalkan berat badan yang ideal bagi mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti (39%)
  • 3 halangan utama kepada satu pendekatan pemakanan harian adalah kekurangan masa (46%), kekurangan motivasi (41%) dan kekurangan wang (40%)
  • Untuk membantu pengguna memperbaiki tabiat pemakanan mereka:
       o 56% daripada responden merasakan bahawa mempunyai akses yang lebih mudah kepada pilihan makanan yang lebih sihat akan membantu mereka mengambil pendekatan pemakanan yang seimbang.
       o 35% daripada responden mencari orang yang sealiran untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat bersama-sama
       o 34% daripada responden ingin mendapatkan nasihat pakar bagi sebuah pelan pemakanan peribadi

Apabila ditanya mengenai apa yang dapat membantu mereka mencapai matlamat pemakanan dan senaman yang seimbang, sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa pendekatan pemakanan yang seimbang dan sokongan masyarakat, seperti yang ditunjukkan di Kelab-kelab Nutrisi Bebas Herbalife, akan menambah baik kesejahteraan diri dalam jangka masa panjang.

"Sebagai sebuah syarikat nutrisi global, Herbalife Nutrition komited untuk membantu pengguna mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang, agar mereka boleh memberi impak positif jangka panjang kepada kehidupan mereka," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan Herbalife dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik. "Pada Jelajah Kesihatan Asia Pasifik itu, ahli-ahli Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition kami akan melawat bandar raya-bandar raya di rantau itu bagi meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk pemakanan dan aktiviti fizikal yang seimbang dan juga faedah yang berkaitan kepada keseluruhan kesejahteraan seseorang, untuk membantu mereka meletakkan tabiat-tabiat pemakanan yang sihat ke dalam amalan kehidupan harian."

Diadakan dari 5 April hingga 15 Mei, Jelajah Kesihatan Asia Pasifik Herbalife itu akan menampilkan satu siri simposium perubatan, ceramah pemakanan dan bengkel kesihatan yang diadakan di 21 bandar raya merentasi Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, India, Jepun, Macau, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Pada simposium itu, enam orang pakar Lembaga Penasihat Nutrisi (NAB) Herbalife, akan berkongsi kepakaran mereka mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan, termasuk obesiti kanak-kanak, pengurusan berat badan, sains sukan, prestasi sukan, metabolisme dan pemakanan seimbang.

Pakar-pakar NAB Herbalife yang menyertai Jelajah Kesihatan itu termasuk:
  • Dr. Julian Alvarez Garcia, pakar di dalam perubatan sukan dan fisiologi sukan yang menasihati pasukan-pasukan profesional, pasukan-pasukan kebangsaan dan atlet secara individu di dalam pelbagai disiplin sukan.
  • Dr. Nataniel Viuniski, pakar di dalam pediatrik dan pemakanan yang menulis buku “Childhood Obesity – A Practical Guide” (Kanak-kanak Obesiti – Satu Panduan Praktikal), dan merupakan penasihat kepada Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Brazil bagi Obesiti Kanak-kanak.
  • Dana Ryan, PhD, Pengurus Kanan bagi Prestasi Sukan dan Pendidikan, Herbalife. Seorang pakar di dalam fisiologi sukan dan pemakanan yang membangunkan program-program pemakanan sukan dan prestasi untuk atlet.
  • Dr. Darren Burgess, pakar di dalam bidang sains sukan dan pemakanan yang juga pada masa ini merupakan Ketua bagi Prestasi Tinggi di Kelab Bola sepak Port Adelaide (AFL), dan bekas Ketua bagi Kecergasan dan Penyesuaian di Kelab Bola sepak Liverpool.
  • Dr. Rocio Medina, Naib Presiden bagi Latihan Pemakanan Seluruh Dunia, Herbalife. Seorang pakar di dalam pemakanan dan obesiti.
  • Dr. Chin-Kun Wang, pakar di dalam metabolisme dan pemakanan, yang telah dianugerahkan Anugerah Kebangsaan bagi Bioperubatan di Taiwan pada tahun 2008 di atas sumbangan beliau kepada pendidikan perubatan.
 1Kaji Selidik Pemakanan Seimbang Asia Pasifik Herbalife telah dijalankan pada Februari 2017 dengan melibatkan 6,000 responden yang berumur 18 tahun dan ke atas merentasi 12 buah negara di Asia Pasifik: Australia, Hong Kong, Korea, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, India, Jepun, Taiwan dan Malaysia.

Maklumat mengenai Herbalife
Herbalife adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf dunia yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produknya yang hebat sejak tahun 1980. Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan dan produk penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif dari dan melalui Ahli Persendirian Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 buah negara. Kami komited untuk menangani masalah obesiti dan pemakanan yang tidak sihat di seluruh dunia dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, bimbingan khusus seorang ke seorang dengan seorang ahli Herbalife dan sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.

Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh pelusuk dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara di dalam banyak sukan yang lain.

Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2016. Laman web Herbalife mengandungi sejumlah besar maklumat kewangan dan maklumat lain mengenai syarikat di http://ir.Herbalife.com. Syarikat itu menggalakkan pelabur untuk melayari laman web mereka dari semasa ke semasa, ketika maklumat dikemaskini dan maklumat baharu diposkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20170405005481/en/

Hubungi

Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw, +852-3589-2643


Naib Presiden, Perhubungan Korporat, Asia Pasifik
dalieal@herbalife.com

Sumber: Herbalife Asia Pasifik

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment