Tuesday, April 18, 2017

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR SOLENOID DAN EKAKUTUB PELBAGAI SALURAN BERVOLTAN TINGGI

TOKYO, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB67S111PG," sebuah IC pemacu motor solenoid dan sebuah ekakutub pelbagai saluran yang mencapai voltan tinggi dan pemacu rintangan hidup yang rendah. Penghantaran sampel bermula hari ini, dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada Mei ini.

TB67S111PG menggabungkan empat buah saluran bagi setiap MOSFET sisi rendah dan diod biasa janaan semula. Ini membolehkannya untuk mengawal kesemua output MOSFET secara bebas dan merealisasikan sebuah reka bentuk yang sesuai untuk memacukan solenoid dan motor ekakutub yang digunakan secara meluas di dalam aplikasi seperti peralatan hiburan (pachinko dan mesin slot), peralatan rumah (pendingin hawa dan peti sejuk) dan peralatan industri (mesin layan diri, terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat dan peralatan automasi kilang).

Direka dengan menggunakan proses kuasa analog bervoltan tinggi yang terkini, BiCD 130nm, IC pemacu motor itu mencapai satu penarafan output 80V dan mengurangkan penjanaan haba IC dengan mengurangkan rintangan[1] hidup output kepada 0.25Ω.

IC itu dibungkus di dalam sebuah pakej DIP pemidang H pelesapan haba yang tinggi yang boleh dipasang pada papan kertas fenol yang berkos rendah dan pada papan kaca epoksi am.

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
1. Empat saluran bagi setiap MOSFETsisi rendah dan diod biasa janaan semula
Ini membolehkan kesemua output MOSFET untuk dikawal secara bebas. IC itu adalah sesuai untuk pemacu solenoid pelbagai saluran dan pemacu motor ekakutub.

2. Bervoltan tinggi (80V) dan memacukan rintangan hidup yang rendah (0.25Ω)
MOSFET bervoltan tinggi (80V) di dalam blok output menyediakan sokongan bagi pemacu solenoid dan pemacu motor ekakutub. Penjanaan haba semasa operasi motor boleh dikurangkan dengan rintangan hidup yang rendah (0.25Ω).

3. Pakej jenis sisip utama (DIP)
Pakej DIP pemidang H itu, yang mempunyai pelesapan haba yang tinggi, menyokong pelbagai aplikasi pengguna dan industri.

4. Pengesanan kesilapan terbina dalam dengan fungsi set semula automatik
Sebuah litar penutupan terma dan litar penutupan arus lebih melindungi IC apabila keabnormalan berlaku di dalam penggunaan set, dan secara automatik menetapkan semula operasi IC selepas sesuatu masa yang ditetapkan.
 
Spesifikasi Utama bagi Produk Baharu
Nombor bahagian TB67S111PG
Fungsi Pemacu solenoid/ekakutub pelbagai saluran
Pakej DIP16-P-300-2.54A
Input 
Kawalan I/F
 Input selari penuh (CMOS)
 Voltan bekalan kuasa VM  45V (maksimum)

Output
 
Penarafan output
(voltan)
 80V (maksimum)
 Penarafan output
(arus)
 1.5A bagi setiap saluran (maksimum)
 Rintangan hidup output  0.25Ω (jenis)
 Diod biasa Terbina dalam
Ciri-ciri lain 
- Litar pengesanan kesilapan terbina dalam (penutupan terma dan penutupan arus lebih)
- Fungsi set semula automatik terbina dalam selepas pengesanan kesilapan
- Fungsi output penutupan but semula terma terbina dalam
- Menyokong jujukan pasang kuasa dengan pemacu kuasa tunggal
Pengeluaran besar-besaran Mei 2017 (dijadualkan)

Nota 1: Pada rintangan: Rintangan dalam menggunakan arus. Apabila rintangan rendah, kehilangan kuasa daripada memacukan motor adalah kecil dan penjanaan haba dikurangkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S111PG&region=apc&lang=en

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai IC pemacu stepping motor Toshiba, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver/stepping-motor.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel:+81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51541467&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170416005028/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment