Wednesday, April 19, 2017

KAJIAN BARU DITERBITKAN DALAM SAINS LANJUTAN PLOS ONE BERKENAAN VTS-270 BAGI RAWATAN PENYAKIT NIEMANN-PICK JENIS C1

ROCKVILLE, Md., 19 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sucampo Pharmaceuticals, Inc. (Sucampo) (NASDAQ:SCMP), iaitu sebuah syarikat biofarmaseutikal global, hari ini mengumumkan penerbitan kajian baharu dalam jurnal saintifik bebas yang mengesahkan komposisi unik VTS-270, yakni produk 2-Hidroksipropil-beta-siklodekstrin (HPβCD) yang sedang dalam penyiasatan sebagai rawatan baharu bagi Penyakit Niemann-Pick Jenis C1 (NPC-1).

NPC-1 ialah penyakit gangguan genetik yang jarang berlaku, progresif dan akhirnya membawa maut yang dihidapi oleh kira-kira 2,000-3,000 pesakit di seluruh dunia. Hasilnya diterbitkan hari ini dalam rencana bertajuk, “Penyifatan hidroksipropil-beta-siklodekstrin yang digunakan dalam rawatan Penyakit Niemann-Pick jenis C1,” dalam PLOS ONE, iaitu jurnal Capaian Terbuka pelbagai disiplin yang pertama di dunia dan ia boleh didapati di http://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0175478.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9958

No comments:

Post a Comment