Tuesday, April 11, 2017

MITSUI CHEMICALS; PERMULAAN DARIPADA KEMUDAHAN PENGELUARAN LARUTAN ELEKTROLIT DI NAGOYA WORKS

- Mengukuhkan perniagaan mobiliti untuk menguasai bahagian pasaran kereta mesra alam Jepun -

TOKYO, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals, Inc. (Tokyo: 4183; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tsutomu Tannowa; "Mitsui Chemicals") telah mengumumkan permulaan bagi kemudahan pengeluaran larutan elektrolit mereka, yang telah dibina di Nagoya Works untuk menampung permintaan dalam negeri yang semakin meningkat bagi larutan elektrolit penggunaan bateri lithium-ion.  

[Rangka kemudahan pengeluaran larutan elektrolit]
1. Lokasi                          Nagoya Works, Mitsui Chemicals
                                      (1, Tangodori 2-chome, Minami-ku, Nagoya, Aichi)
2. Kapasiti pengeluaran      5,000 tan/ setahun
3. Permulaan                     April 2017

Permintaan bagi bateri lithium-ion telah berkembang selaras dengan pertumbuhan pasaran komputer riba, telefon pintar dan peranti tablet. Pada masa akan datang, kenderaan hibrid mesra alam dan kenderaan elektrik dijangka menjadi meluas di Asia Timur termasuk China, dan juga di Jepun, pertumbuhan di dalam pasaran larutan elektrolit diramalkan terutamanya bagi kenderaan.

Mitsui Chemicals memiliki kemudahan pengeluaran larutan elektrolit di Formosa Mitsui Advanced Chemicals Co., Ltd. ( "FMAC") di China, sebuah usaha sama di antara Mitsui Chemicals dan Formosa Plastics Corporation (Taiwan: 1301; Pengerusi dan Presiden: Jason Lin; "Formosa Plastics") untuk memberi respons kepada permintaan dalam negeri yang semakin meningkat bagi larutan elektrolit bateri digunakan lithium-ion. Di dalam negara, ia telah membangunkan sebuah perniagaan larutan elektrolit di dalam bentuk pengeluaran kontrak. Dengan permulaan bagi kemudahan baharu di Nagoya Works, Mitsui Chemicals berhasrat untuk secara aktif mempromosikan pengembangan perniagaan tempatan dan secara beransur-ansur beralih daripada pengeluaran kontrak yang sedia ada ke arah pengeluaran di kemudahan baharu itu.

Mitsui Chemicals juga sedang memajukan pengembangan kemudahan pengeluaran larutan elektrolit mereka di FMAC bagi permulaan pada November 2017, untuk meningkatkan pengeluaran dan sistem pembekalan dalam persediaan bagi pengembangan pasaran selanjutnya.

Mitsui Chemicals telah menempatkan domain mobiliti sebagai satu daripada pemacu pertumbuhan utamanya. Di antara produk-produk lain, pembangunan larutan elektrolit penyelesaian bateri digunakan lithium-ion sedang mengumpul momentum di dalam domain ini. Mitsui Chemicals akan memasukkan ke dalam suatu sistem untuk menghasil dan mengedarkan larutan elektrolit yang berkualiti tinggi, mengambil kesempatan daripada kepakaran teknikal yang bertahun lamanya. Dengan berbuat demikian, ia akan terus mengukuh dan mengembangkan perniagaan larutan elektrolit dengan memberi tumpuan kepada domain mobiliti.

Rujukan [Profil bagi FMAC]
1. Nama               Formosa Mitsui Advanced Chemicals Co., Ltd.
2. Penubuhan       Ogos 2013
3. Modal               AS$ 8.2 juta
4. Nisbah Ekuiti    Mitsui Chemicals 50%, Formosa Plastics 50%
5. Lokasi              Kompleks perindustrian  FPC di Ningbo, China
6. Perniagaan       Pembuatan, jualan dan penyelidikan untuk larutan elektrolit di China
7. Kapasiti            Semasa: 1,500 tan/ setahun
                          Selepas pengembangan: 5,000 tan/ setahun (permulaan dijadualkan pada November 2017)
 
Hubungi

Mitsui Chemicals, Inc.
Takashi Kawamoto, +81-3-6253-2100
Bahagian Perhubungan Korporat

Sumber: Mitsui Chemicals, Inc.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170409005031/en
  
   
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment