Wednesday, April 26, 2017

FOXMINERS LANCARKAN CIP PELOMBONGAN REVOLUSIONER

Melangkaui Bitcoin, Teknologi Baharu yang menjadi Pengubah Industri di Seluruh Dunia

LOS GATOS, California, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sesetengah orang berkata bahawa pelombongan matawang kripto semakin hari semakin sukar, tetapi kini ia telah “diakali” oleh pengumuman baharu daripada Foxminers yang baru-baru ini melancarkan perkakasan dwiminer pertama di dunia secara global, yang menggunakan kedua-dua teknologi SHA-256 dan Scrypt untuk melombong bitcoin dan litecoin (https://foxminers.com/products/). Kedua-dua dwiminer juga boleh disuaikan untuk transaksi matawang kripto lain yang menggunakan SHA-256 atau Scrypt.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/964850d7-07b9-421c-b7a5-e0a375c90029

Direka untuk Kuasa Pelombongan
Cip pelombongan Foxminers, FM9800-XD112 ialah hasil daripada rekaan perkakasan hebat yang meningkatkan kadar cincangan kepada potensi maksimum di samping mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah. Kedua-duanya mempunyai pengawal terbina dalam dan perisian sedia pasang. Selepas tempoh pengujian yang ketat, yang terdiri daripada penilaian, pembuatan prototaip dan pengujian tekanan keadaan ekstrim, produk perkakasan Foxminers F24 dan F48 kini sedia untuk pengeluaran secara besar-besaran.

Harga dan Ketersediaan
Foxminers F24 dan F48 tersedia dengan diskaun prajualan daripada www.foxminers.com. Harga bermula daripada $2500. Pelanggan boleh menjimatkan $500 dengan memesan lebih awal, mulai sekarang hingga 14 Mei.

Bayaran Penghantaran dan Bayaran Kastam akan ditanggung oleh Foxminers dan pelanggan hanya membayar untuk unit tersebut dan menerima semua item yang diperlukan untuk pemasangan tanpa apa-apa bayaran tersembunyi. “Kini pengguna tahu bahawa pesaing kami ditewaskan. Mereka tidak akan dapat menyaingi kuasa kami dan kos kuasa kami yang sangat rendah. Kami mempunyai kuasa pelombongan yang besar – F48 menjanakan 75 TH/s untuk bitcoin dan 2.1 GH/s untuk Litecoin. Ia merupakan pelaburan yang terbaik dalam pasaran,” kata Mike Harish, Pengarah Operasi dan COO Foxminers. “Kami berusaha sedaya upaya untuk memberikan pelanggan pelaburan kelas pertama dalam pasaran.”  Tontoni video di: https://vimeo.com/212613185  

No comments:

Post a Comment