Thursday, April 6, 2017

TOSHIBA LANCAR DIOD TVS PELBAGAI BIT BAGI PERLINDUNGAN ANTARA MUKA BERKELAJUAN TINGGI DI DALAM PERANTI MUDAH ALIH


Menyampaikan ciri-ciri perlindungan yang dipertingkatkan dan mengurangkan ruang pemasangan

TOKYO, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu diod[1]  TVS pelbagai bit, berkapasitans rendah untuk melindungi antara muka berkelajuan tinggi daripada pelepasan elektronik (ESD) dan voltan pusuan. Barisan baharu itu merangkumi empat produk yang menyokong antara muka, termasuk USB Jenis C™ dan HDMI™ dan yang boleh digunakan di dalam peranti mudah alih, termasuk telefon pintar, peranti boleh dipakai dan komputer tablet. Diod TVS menawarkan prestasi perlindungan yang dipertingkatkan dengan rintangan dinamik yang lebih rendah dan voltan pengapit yang lebih rendah, dan ditempatkan di dalam pakej[2]  LGA yang kecil yang memerlukan kira-kira 30% ruang pemasangan yang lebih sedikit berbanding dengan produk Toshiba yang ada sekarang. [3]

Ketika peranti elektronik menawarkan kemajuan di dalam ciri-ciri berprestasi tinggi dan pada masa yang sama menghasilkan saiz yang lebih kecil, termasuk telefon pintar, peranti boleh dipakai, komputer tablet, komputer riba, peralatan pejabat dan panel LCD, produk semikonduktor yang digunakan di dalamnya telah juga dikecilkan saiznya. Hasilnya, peranti-peranti untuk melindungi semikonduktor daripada ESD dan voltan pusuan semakin diperlukan. Di samping itu, apabila digunakan sebagai perlindungan untuk USB Jenis C, HDMI dan antara muka berkelajuan tinggi yang lain, produk-produk berkapasitans rendah juga mengelakkan pemerosotan isyarat penghantaran.

Produk-produk baharu Toshiba adalah diod TVS dengan ciri-ciri dan susun atur terminal yang direka untuk perlindungan antara muka berkelajuan tinggi yang digunakan di dalam peranti elektronik terkini. Mereka direka dengan proprietari proses[4] EAP-IV Toshiba, yang merealisasikan rintangan dinamik dan pengapit voltan yang lebih rendah berbanding dengan produk[5]  Toshiba yang ada sekarang dan pada masa yang sama meningkatkan perlindungan keseluruhan dengan mengurangkan kesan ESD dan voltan pusuan pada peranti peringkat seterusnya. Diod-diod itu ditempatkan di dalam pakej jenis LGA kecil, yang memerlukan 30% ruang pemasangan yang lebih kecil berbanding dengan produk[3] Toshiba yang ada sekarang. Barisan baharu itu menawarkan produk 4-bit dan 2-bit untuk kedua-dua garis isyarat 3.3V dan 5.0V, yang membolehkan pengguna untuk memilih produk yang dipadankan dengan voltan antara muka bagi sistem mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9904

No comments:

Post a Comment