Sunday, April 30, 2017

Felcra Bakal Bina 150 Unit Rumah Bina Negara Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 29 April (Bernama) -- Felcra Berhad (Felcra) akan membina sebanyak 150 unit Rumah Bina Negara (RBN) di sini khusus untuk pesertanya sebagai antara usaha membantu mereka memiliki kediaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Zulkarnain Md Eusope berkata projek itu akan dimulakan sebaik sahaja tapak sesuai telah dikenal pasti selain mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

"Sebanyak RM100 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek ini di seluruh negara dan setiap unit rumah dijual pada harga RM75,000," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Anggota Parlimen Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai di Senggang, Lempor dan Ulu Kenas untuk projek RBN.

Pada majlis itu, Felcra turut menyampaikan agihan dividen bulanan kepada 226 peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin dari kawasan Kledang Sayong dan Sungai Siput (Utara).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment