Sunday, April 9, 2017

XM MENANGI ANUGERAH SEBAGAI PENYEDIA PERKHIDMATAN FOREX TERBAIK 2017



LONDON, 7 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- XM Group (Trading Point Group), sebuah syarikat peneraju Forex dan broker CFD dan rakan dagang rasmi bagi Lelaki Terpantas di Dunia “Usain Bolt”, telah diiktiraf sebagai Penyedia Perkhidmatan Forex Terbaik 2017 (Best Forex Service Provider 2017) semasa Anugerah City of London Wealth and Management yang dianjurkan pada 30 Mac di Guildhall, London.

Anugerah City of London Wealth and Management diadakan setahun sekali dan pemenang bagi setiap kategori ditentukan oleh undian awam dalam talian.
Semasa acara berkenaan, Stephen Pinner, Pengarah Urusan Goodacre UK, syarikat yang menguruskan Anugerah tersebut berkata, “Sektor Pengurusan Kekayaan sedang bekerja keras untuk menangani pelbagai cabaran dan adalah sangat meyakinkan melihat minat yang semakin meningkat di kalangan pelabur awam. Di samping memastikan mereka mencapai jumlah yang ketara bagi keperluan peraturan yang baru, banyak firma berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang paling berkualiti dan Anugerah ini mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat yang terbaik di pasaran.”

Nota bagi Editor

City of London Wealth and Management bermatlamat untuk mengiktiraf dan menggalakkan perkhidmatan berkualiti daripada individu dan syarikat-syarikat Pengurusan Kekayaan. Para pemenang ditentukan oleh undian awam dalam talian yang dijalankan selama dua minggu. Undian berkenaan disemak oleh panel hakim bebas.

Mengenai XM Group

XM, rakan dagang rasmi bagi Lelaki Terpantas di Dunia “Usain Bolt” adalah penerima anugerah Forex dan Broker CFD, yang berkhidmat untuk lebih daripada 1,00,000 orang pelanggan.

XM adalah nama jenama bagi Trading Point Holdings Ltd yang memiliki sepenuhnya Trading Point of Financial Instruments UK Ltd (XM UK), Trading Point of Financial Instruments Pty Ltd (XM Australia) dan Trading Point of Financial Instruments Ltd (XM Cyprus).

XM UK diberikan kuasa dan dikawal atur oleh Financial Conduct Authority (Nombor rujukan: 705428), XM Australia dilesenkan oleh Australian Securities and Investment Commission (Nombor rujukan: 443670) dan XM Cyprus dikawal atur oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (Nombor rujukan: 120/10).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari -> http://www.xm.com/

Amaran Risiko 

Forex dan CFD Trading melibatkan risiko yang ketara kepada modal yang anda laburkan. Sila pastikan anda memahami risiko sepenuhnya dan berhati-hati dalam menguruskan pendedahan anda.

No comments:

Post a Comment