Thursday, April 13, 2017

YUKIO KANAO DINAMAKAN PENGURUS BESAR HOTEL IMPERIAL, TOKYO

TOKYO, 12 April, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet / --

Hotel Imperial, Ltd. di Jepun yang berusia 127 tahun, telah mengumumkan pelantikan Yukio Kanao sebagai Pengurus Besar bagi Hotel Imperial yang menjadi kemegahan Tokyo, berkuat kuasa 1 April, 2017. Kanao merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Hotel Imperial di Tokyo dan Pengarah Urusan Kanan bagi Hotel Imperial, Ltd.

Kanao, berusia 55 tahun, menyertai Hotel Imperial, Ltd. selepas tamat pengajian dari Universiti Tsukuba pada tahun 1984, dan dinamakan sebagai Pengarah Jualan di Hotel Imperial. Ltd. di pejabat mereka di London dari tahun 1997 hingga tahun 2000. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jualan di Hotel Imperial, Ltd. di pejabat New York dari tahun 2000 hingga tahun 2002, dan pada tahun 2007 telah dinamakan sebagai Pengarah bagi Bilik dan Restoran di Hotel Imperial, Osaka. Beliau dilantik sebagai Pengarah Jualan dan Pemasaran untuk Hotel Imperial, Ltd. pada tahun 2011, dan dari tahun 2014 berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar Hotel Imperial di Tokyo.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9941

No comments:

Post a Comment