Friday, April 21, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR SEBUAH BUFET PENCUCI MULUT KHAS

TOKYO, April 19 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo,
yang terletak di Shinjuku Tokyo, meraikan ulang tahun ke-150 kelahiran
Beatrix Potter, penulis British yang telah mencipta siri cerita
kanak-kanak yang terkenal mengenai watak fiksyen Peter Rabbit, dengan
menganjurkan satu acara khas yang diberi nama “Karnival Hotel Peter Rabbit™.”
Sepanjang acara ini yang akan diadakan sehingga 30 Jun 2017, pencuci
mulut khas dicipta dalam bentuk imej watak-watak dari kisah Peter Rabbit
akan dihidangkan pada bufet manisan All Day Dining Jurin. Tambahan
pula, menu khas bertemakan Peter Rabbit akan disajikan di
restoran-restoran kami yang lain. Di samping itu, tempat-tempat foto
khas yang menampilkan pelbagai watak Peter Rabbit akan dipasang di
tingkat dua untuk mengambil gambar dan menikmatinya.




KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR SEBUAH BUFET PENCUCI MULUT KHAS

No comments:

Post a Comment