Friday, April 28, 2017

Eastspring Umum Agihan Pendapatan Target Income Fund 5

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Eastspring Investments Bhd mengumumkan agihan pendapatan kasar 0.0592 sen seunit atau pulangan dividen 5.75 peratus bagi Eastspring Investments Target Income Fund 5, untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016.

Semua pemegang unit yang mengekalkan pegangan masing-masing dalam dana itu sehingga 29 April, 2017, layak memperoleh agihan pendapatan berkenaan, kata syarikat pengurusan aset itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dana bon terkumpul lima tahun itu merupakan siri kelima dana pendapatan sasaran.

Sementara itu, ketengangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah dan Semenanjung Korea, selain keyakinan yang merosot ke atas pembaharuan cukai dan prospek penyahkawalan di Amerika Syarikat, menjejaskan minat untuk mengambil risiko.

Namun, Eastspring berkata ia berpegang kepada kedudukan kredit gred pelaburan Asia yang menarik berdasarkan perspektif jumlah pulangan hasil peluasan tebaran sejak kebelakangan ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment