Tuesday, April 25, 2017

NTT COM PEROLEHI LESEN TELEKOM ANTARABANGSA DI INDIA

Pembekal ICT Jepun yang pertama untuk menerima lesen ini


MUMBAI, India, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi sebuah lesen Pengendali Rangkaian Maya – Antarabangsa Jarak Jauh (VNO-ILD) di India melalui ahli gabungannya, NTT Communications India Network Services (NTTCINS), pada 1 Mac tahun ini.

Pemerolehan lesen itu akan membolehkan NTT Com untuk menambahkan Arcstar Universal One International Network Services kepada portfolio perkhidmatan sedia ada mereka di India. Pada masa ini, NTT Com menyediakan perkhidmatan rangkaian Jarak Jauh Kebangsaan "NLD" melalui NTTCINS dan Kolokasi, Hos Terurus, Perkhidmatan Pengurusan Awan dan ICT melalui Netmagic, sebuah ahli gabungan. Mulai Julai ini, NTT Com akan memanfaatkan tindanan penuh bagi penyelesaian ICT yang berkualiti tinggi untuk membantu pelanggan perusahaan membina persekitaran ICT mereka bagi tujuan pengembangan perniagaan di India.

"Dengan keupayaan rangkaian yang dipertingkatkan dan ditambah pula dengan perkhidmatan Hos Terurus dan awan, kami sentiasa komited untuk membolehkan pelanggan kami meraih nilai maksimum daripada pelaburan teknologi mereka. Suit penawaran ini menyediakan satu saranan nilai yang kukuh sebagai sebuah penyedia ICT untuk memenuhi keperluan infrastruktur IT dan kesambungan pelanggan kami," kata Sharad Sanghi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Netmagic Solutions.

NTT Com kini berharap untuk menawarkan satu rangkaian penyelesaian ICT yang menyeluruh, termasuk WAN, LAN, Pusat Data dan Perkhidmatan Ditambah Nilai yang berkaitan untuk menyokong perniagaan India dan perbadanan multinasional.

NTT Com juga merancang untuk meningkatkan perkhidmatan rangkaiannya dengan menambahkan pilihan akses Internet dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui hubungan yang lebih erat dengan syarikat pembawa tempatan.

Imej Perkhidmatan
http://www.ntt.com/en/about-us/press-releases/news/article/2017/0425/a.html

Maklumat mengenai NTT Communications India Network Services

NTT Communications India Network Services merupakan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya NTT Com dan pada masa ini menyediakan perkhidmatan rangkaian jarak jauh kebangsaan kepada perusahaan di India.

Maklumat mengenai Netmagic Solutions (Sebuah Syarikat NTT Communications)

Netmagic, sebuah syarikat NTT Communications, adalah merupakan pembekal perkhidmatan terkemuka di India bagi Hos Terurus dan perkhidmatan Awan, dengan 9 pembawa berkecuali, pusat data serba canggih dan memberi perkhidmatan kepada lebih 2000 perusahaan di seluruh dunia. Dengan beribu pejabat di Mumbai, Netmagic juga menyampaikan perkhidmatan Pengurusan Infrastruktur Jarak Jauh (RIM) kepada pelbagai pelanggan Perusahaan di seluruh dunia termasuk pelanggan NTT Communication merentasi Amerika, Eropah dan rantau Asia Pasifik. Syarikat itu adalah yang pertama di India untuk melancarkan perkhidmatan – Pengkomputeran Awan, Keselamatan Terurus, Pemulihan Bencana sebagai satu Perkhidmatan (DRaaS) dan Penyimpanan Perisian yang jelas. Netmagic telah diiktiraf dengan 6 anugerah pada Anugerah Pilihan CIO 2016 dan Anugerah ICT India Frost & Sullivan 2016. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari kami di:
www.netmagicsolutions.com.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Hubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi –
Netmagic Solutions (sebuah Syarikat NTT Communications)
Sikta Samantaray
Sikta.s@netmagicsolutions.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation

No comments:

Post a Comment