Thursday, April 13, 2017

TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN MIKROPENGAWAL BERASASKAN ARM® CORTEX®-M

- Mengukuhkan portfolio mikropengawal berkelajuan tinggi dengan pelbagai pakej dan saiz memori yang diperkayakan -


TOKYO, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran “Kumpulan M3H (2)", sebagai kumpulan produk ketiga di dalam Keluarga TXZ™ bagi mikropengawal yang berkuasa rendah, berkelajuan tinggi yang berasaskan kepada teras ARM Cortex-M. Penghantaran sampel bagi 24 produk di dalam kumpulan itu akan bermula pada Mei dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada September.

Toshiba melancarkan "Kumpulan M3H (1)" dengan 30 produk bagi aplikasi peranti pengguna dan perindustrian pada Mei 2016, sebagai kumpulan produk pertama di  dalam keluarga TXZ itu. Oktober menyaksikan permulaan untuk penghantaran sampel bagi 13 produk daripada kumpulan produk kedua, "Kumpulan M4K," yang dilengkapi dengan sebuah enjin vektor.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9946

No comments:

Post a Comment